Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 13, 2014

Cikgu Pun Masih Blur, Gagal Bertindak Waras!

PEMILIK AKAUN FB 'MAN NAMBLAST' DITAHAN REMAN 

Kuala Lumpur, 12 Feb - Pemilik akaun Facebook 'Man Nambalast' yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengenai sambutan Thaipusam pada Januari lepas ditahan reman empat hari bermula semalam. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata guru sekolah menengah di Segambut berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Batu Caves kira-kira 12.30 tengah hari.

Susulan penahanan itu, polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) merampas satu unit pemprosesan berpusat (CPU) dan sebuah modem di kediaman suspek.

"Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan kes disiasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Pada 17 Jan lepas, pemilik akaun facebook 'Man Nambalast' dan 'Mohamed Hidayat' memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya kelmari mengesahkan penangkapan suspek yang menggunakan nama 'Man Namblast' dalam Facebook. - fb PDRM

2 comments:

  1. TANGKAP ORANG SAMA PADA 2 TEMPAT BERBEZA DALAM SATU MASA. JANGAN MENAMBAH LAWAK YANG DAH SEDIA ADA BOS

    ReplyDelete
  2. "Apparently there was a confusion following a twitter message from the Inspector-General of Police (IGP) Khalid Abu Bakar who had claimed that Man Namblast was arrested; while the Gombak police said that they have also arrested a person called Mohd Hidayat for investigations in relation to the same case."
    (Caught the same person in one time but in two places)

    Free Malaysian Today said!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa