Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 13, 2014

Mahathir Cuba Taruk 'Tuba'

Kalau-kalau puak opportunis di dalam 'termabuk'
Manalah tau......UMNO yang untung!

Aku nak tanya Mahathir
Di Pulau Pinang dulu masa BN berkuasa
Kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan dan MCA
Kenapa Koh Tsu Koon jadi KM?

Di manakah juak-juak UMNO Pulau Pinang yang lebih Melayu dari Melayu tu? 
Memang Mahathir mudah lupa......sudah nyanyuk!

Tun M: Sudah masanya PAS jadi MB S'gor
mk - 11:59AM - 13 Feb 2014

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjadi menteri besar Selangor kerana parti itu mempunyai 15 kerusi, mengatasi PKR yang hanya menguasai 14 kerusi di Selangor.

Menurutnya, PKR wajar menyerahkan kerusi itu kepada PAS agar jawatan MB tidak dilihat dikuasai satu parti semata-mata, lapor Sinar Harian hari ini.

Kenyataan itu dibuat Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi MB yang baru jika menang pilihan raya kecil Kajang.

"PAS berhak untuk (mengisi) kerusi (menteri besar) itu. Tidak bolehlah dikuasai satu parti sahaja.

"Mereka bukan mcam BN, jumlah terbesar (ialah) UMNO, sebab itu pemimpin UMNO diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR yang punya kuasa terbesar jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya,"katanya.

3 comments:

  1. matde pembelit besar nampak nyata bukan nyanyuk lagi tu.masih berbahaya
    ku su ku tu melayu kut

    ReplyDelete
  2. Mcm mana semasa BN kuasai Pulau Pinang dulu Umno mempunyai kerusi melebehi parti2 lain semasa BN memerentah Kenapa pula Gerakan dberi kerusi KM tu?????????????? Cakap serupa tapi bikin nya tiada....boleh percaya ka ini melayu campur?????

    ReplyDelete
  3. sudah pasti kepiah putih dah mula nak mengila diampu dek mamak pedukang..kesian kat geng kepiah putiah 24 jam meroyan mimpi nak jadi embee..mamak madey peduknag tau kalau pas jadi embee senang nak perjatuhkan pr mcm kat kedah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa