Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 11, 2014

Hairan: Kenapa Hanya Di Terengganu

Dari tahun 80'an lagi keadaan ini terjadi
Antara PAS dan UMNO tak boleh duduk semeja

Tapi kenapa hanya di Terengganu perkara begini berlaku
Ikutkan apa yang berlaku seolah PAS dan UMNO sama kuat di Terengganu tapi kenapa PAS hanya dapat perintah tak lebih dari sepenggal saja

Di Kelantan walau pun PAS kuat, tak ada pula buat hal macam ni
Orang UMNO tidak menjauhkan diri dan orang PAS pula tidak pulaukan orang UMNO
Di Kelantan kalau gaduh pun hanya terhad semasa pilihanraya saja

'Lebih 10 masjid masih amal semangat berpuak'
SH - 10 Februari 2014

KUALA TERENGGANU - Lebih 10 masjid di Terengganu didapati masih mengamalkan semangat berpuak mengikut fahaman parti politik, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas negeri Ghazali Taib.
    
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan memanggil jawatankuasa masjid berkenaan bagi menangani masalah tersebut.
    
Jika selepas ini keadaan masih belum berubah, kita akan ambil tindakan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Jawatankuasa Masjid 2013/2014 bagi daerah Kuala Terengganu, di sini hari ini.
    
Katanya kebanyakan masjid terbabit terletak di daerah Besut.
    
"Kita tidak mahu rakyat di negeri ini berpecah disebabkan fahaman politik berbeza," katanya.
    
Menurutnya Maidam juga mahu memastikan semua umat Islam yang datang ke masjid di negeri itu dapat beribadat dengan selesa tanpa timbul unsur-unsur kepartian.
    
Sementara itu, Ghazali berkata pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk pengurusan masjid dan RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan kecil masjid.
    
Peruntukan ini ialah yang terbesar yang pernah disediakan oleh kerajaan Terengganu untuk Maidam bagi tujuan itu, katanya.
   
Mengenai sijil anggota jawatankuasa masjid, Ghazali berkata setakat ini 90 peratus daripada 496 buah masjid di negeri itu sudah menerima sijil masing-masing. - Bernama

4 comments:

  1. Abe,

    Ambo pernah belajar di Ganu zaman budok2. Jadi ambo tahulah sikik perangai ore ganu nih.

    Soalan bakpo PAS Ganu memerintah hanya sepenggal? Jawabnya puok PAS Ganu cerdik dooh sampai overshoot the peak and landed on downhill slope.

    Pas Kedoh pulok jenih slow berdooh. On climbing the slope of power abih gas lalu glosor turun.

    Hanya PAS Kelantan zaman TGNA je yang steady, mendaki puncak kuasa slowly but firmly. PAS Kelantan pasca TGNA, lagi teruk dari PAS Kedah. Guling bating jatuh mungging nyo baru 2,3 langkah mendaki puncak kuasa.

    ReplyDelete
  2. bat8

    Abe suka dengan komen ni
    'overshoot the peak and landed on downhill slope'
    'climbing the slope of power abih gas lalu glosor turun'
    'Guling bating jatuh mungging nyo baru 2,3 langkah mendaki puncak kuasa'

    Hah...nampak gayanya PAS Kelantan dan semacam ikut PAS Kedah!

    Kalau Tok Pa cerdik, PRU14 nanti PAS nungging nyorlah kalu dok wat perangai lagu ni.

    Too much politicking - 'Strong currents in the calm water'

    ReplyDelete
  3. Where all the fish STARTING rotten from? From the 'head' huh!

    Whose selling and promoting pil kuddda in tv3? Tru him PAS already rotten to the core!

    ReplyDelete
  4. Kadang2 tak boleh salahkan makmum tak mahu solat belakang imam2 yang dilantik oleh kerajaan umno. Biasanya imam2 ini mesti terdiri daripada penyokong tegar umno, ada yang juga jadi Pengerusi atau ahli JKKK. Faham sajalah fe'el mereka.Kefasihan bacaan AlQuran tidak penting bagi lantikan mereka yang penting mereka mesti mempertahankan segala tindaktanduk pemimpin dan kerajaan umno samada betul atau salah, ada yang bacaan Fathihah mereka lagi teruk dari budak baru mengaji.Fenomena ini bukan terhad di Trengganu saja, tapi hampir di setiap kampung dan negeri yang di perintah oleh umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa