Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 11, 2014

Bayangan Nak Berikan Kemenangan Percuma Kepada BN?

Perangkap Anwar menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012
Polis dan SPR senada di dalam tindakan ini
Adakah mereka menggunakan Akta untuk keuntungan BN?
Sewajarnyalah undang-undang dikuatkuasakan dan dilaksanakan

Pada aku Anwar yang silap
Kenapa Anwar melakukan perkara bodoh?
Takkan tak sedar perangkap politik dipasang di mana-mana?
Kenapa dengan senang masuk perangkap?
Di manakah penasihat undang-undang PR?

Tak guna bertekak atau beralasan
Undang-undang tetap undang-undang
Tinggal lagi penguatkuasaannya saja yang double standard atau tidak!
Tapi yang pasti kuasa berada di tangan mereka......

Polis buka 3 kertas siasatan terhadap Anwar
mk - 11:46AM - 11 Feb 2014
Polis membuka tiga kertas siasatan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan beliau berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang 11 Mac depan.

Perkara itu disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan berkempen, lapor Berita Harian.

Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 9(5) akta itu.

Dilaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan Anwar bahawa boleh dikenakan tindakan mengikut akta itu jika berkempen sebelum penamaan calon.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu membidasnya dengan tidak akan melayan “dakwaan tidak berasas” bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.

Sementara itu, dalam laporan yang sama menyebut, Abdul Aziz membidas Anwar yang mendakwa suruhanjaya itu menjadi alat politik tertentu selepas menegur tindakannya.

Abdul Aziz berkata parti politik sepatutnya mematuhi peraturan yang ditetapkan badan itu dalam berkempen bagi mengelak provokasi.

"Apa yang saya cakap adalah seperti termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiasa siapa yang terkecuali.

"Saya minta parti politik supaya dapatkan permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya ingin mengadakan perhimpunan atau ceramah," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

1 comment:

  1. yg terjd dan yg tlh terjd mahupun yg AKAN terjd banyak kali terjd tidak menurut RASIONAL akal..

    anwar serta langkahnya yg seolah2 bahaya dan penuh beRISIKO itu hanya lah 'drama' suspens suka duka yg HANYA mampu dinikmati oleh "minda-jiwa" yg tenang dsisi TUHAN.
    let it be ..n
    what will be..
    will be

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa