Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 9, 2014

Kalau Bukan FAM, Siapa Lagi?

FAM punca kemerosotan bola sepak negara
February 9, 2014
Wang lebih banyak dibelanjakan untuk liga tempatan dan pasukan utama daripada pembangunan..
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri menyalahkan FAM sebagai punca kepada kemerosotan bola sepak negara.
Beliau memberi alasan FAM lebih mengutamakan  liga tempatan dan pasukan utama.
FAM sebaliknya mengabaikan  pembangunan bola sepak negara.
Sebaliknya bajet lebih banyak dibelanjakan untuk liga Malaysia dan pasukan utama kebangsaan.
FAM lebih fokus kepada pasukan kebangsaan tapi mengabaikan pembangunan, kata Khairy di Dewan Rakyat.
Akibatnya kerajaan tidak mahu terlalu berharap kepada FAM untuk  bola sepak negara.
“FAM terlalu lama abaikan soal pembangunan bola sepak,” katanya lagi.
Khairy telah memulakan langkah memulihkan bola sepak melalui pelan pembangunan bola sepak kebangsaan.
Beberapa hari lalu beliau menemui pegawai tertinngi FAM diketuai timbalan presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pada 1972 dan 1980 Malaysia layak ke sukan olimpik dan pernah mendapat pingat gangsa dalam sukan Asia di Teheran pada tahun 1974.

1 comment:

  1. Itulah akibat ambik orang dah beku otot dan otak jadi ketua.
    Mana ada visi dan perancangan melainkan nak tunjuk gah diri dan kelilingi orang2 yang tak habis2 "mengankat bola"!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa