Tak habis-habis dengan berita orang asing buat onar di negara ini
Bermula dari Indon, Bangla, Myanmar, Vietnan dan sekarang Arab pula
Apa dah jadi dengan badan penguatkuasaan kita?
Pemimpin dari atas ke bawah sibuk dengan politik peribadi
Adakah kita boleh hidup dengan aman di negara sendiri?
Bagaimana dengan anak cucu kita nanti?
Onar Pak Arab
Oleh FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA
Kuala Lumpur: Pelacuran, dadah, pergaduhan dan prebet sapu. Itulah onar segelintir pak Arab yang semakin mendominasi kawasan Bukit Bintang di ibu kota hingga menjadikan lokasi itu bagaikan ‘zon merah’ di rantau Asia Barat.
Malah, siasatan Metro Ahad mendapati samseng Arab mengambil alih kuasa dari kumpulan kongsi gelap tempatan, terutama di sekitar premis di jalan utama, hingga makin berani menimbulkan pelbagai masalah sosial di kawasan yang kini turut dikenali sebagai Ain Arabia.
Sebelum ini kehadiran mereka sebagai pelancong diterima dengan tangan terbuka, namun kini tindakan segelintir samseng berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.
Kegiatan menjengkelkan itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh pemandu teksi dikenali sebagai Alim, 37, yang lebih 10 tahun memandu teksi sekitar ibu kota.
Menurut Alim, tidak dinafikan bukan semua pak Arab yang datang ke situ berniat jahat, namun sebilangan mereka turut terbabit dengan aktiviti kurang sihat, terutama pelacuran dan dadah.
Masih ingat lagi ada menteri Umno yang beriya2 nak jadikan Bukit Bintang jadi kawasan red-light tempat pelancong2 buat maksiat macam Hadyai?
ReplyDelete