Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 5, 2014

Korang Agak Manusia Macam Mana Yang Suka Menyusahkan Polis Ni?

Kenapa harus rakyat bebankan polis dengan tugas yang remeh temeh macam ni?
Bukankah banyak lagi tugas yang lebih penting yang sepatutnya ditangani polis
Itulah yang peliknya manusia di Malaysia ni
Kalau jenayah pukul, ragut, rompak di depan mata pun kekadang tak ada yang peduli
Pada aku cerita klip video ni hanyalah satu lelucon yang biasa 
Tetapi malangnya ada yang terasa
Ditambah pula ramai sang ampu dan sang sapu maka riuh rendahlah seantero alam Malaysia!
Bukan apa hanya kebetulan Teresa dari keturunan cina dan wakil rakyat pembangkang pulak tu...........itu saja

Polis terima lebih 40 aduan video Teresa Kok
8:29AM - 5 Feb 2014

Polis menerima lebih 40 laporan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang didakwa melibatkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
    
Beliau berkata siasatan terperinci video sempena Tahun Baharu Cina yang tersebar luas dalam Youtube sejak Isnin lepas itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
    
"Ini adalah bidangkuasa SKMM, jika hasil siasatan itu mendapati ada isu melibatkan Akta Hasutan, tindakan mahkamah akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan bolasepak PBAPP FC menentang PDRM di Stadium Bandaraya, di George Town malam tadi.

Beliau meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman politik, tidak memainkan isu melibatkan sensitiviti agama sehingga menjejaskan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.
    
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok dikatakan 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina tahun ini dan tetamu undangannya pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
    
Mengenai kes seorang anggota polis cawangan khas mati ditembak di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur petang ini, Ahmad Zahid berkata siasatan awal mendapati insiden itu tiada kaitan dengan dengan kumpulan kongsi gelap.
    
"Kami tidak dapat umumkan status kes itu kerana siasatan sedang dijalankan...saya masih menunggu laporan rasmi dari PDRM," katanya.
    
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, seorang Lans Koperal ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
    
Anggota berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal
. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa