Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 11, 2014

Lantik Saja Melayu Ini Menggantikan Senator Dan Menteri Yang Dikosongkan Itu!

ISMA: Waytha undur, bukan Melayu tak setia
mk -11:48AM - 11 Feb 2014

Ekoran pengunduran P WaythaMoorthy daripada kerajaan semalam, Datuk Seri Najib Razak perlu insaf bahawa sudah tiba masanya untuk kembali kepada orang Melayu yang diabaikan selama ini, kata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).“Ternyata bangsa Cina dan India tidak setia dengan kepimpinan Najib,”  presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman (kanan) dipetik sebagai berkata dalam laman web NGO itu.

Sudah sampai masanya beliau insaf dan kembali kepada orang Melayu yang beliau abaikan selama ini untuk mendapat redha orang Cina dan India.”

Waythamoorthy, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) semalam meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang.

Abdullah berkata, perdana menteri perlu rasa bersalah kerana memandang sebelah mata kepada kepentingan bangsa Melayu Islam walaupun golongan itu yang memenangkan BN dalam pilihan raya umum lalu.

“Najib dinasihatkan agar segera sedar sebelum orang Melayu pula membuat keputusan untuk meninggalkan beliau,” beliau dipetik sebagai berkata.

2 comments:

  1. Amat sesuai jadi penganti pun.... Macam ada air muka mamat EEEE saja.

    Teringat pulak pada Tuan Haji Tukar Tiub tu.

    ReplyDelete
  2. Eh, eh, eh. Ini satu lagi kumpulan pembodek nombor wahid yang menjual nama islam untuk dapat habuan duniawi.Kalau Perkasa mengunakan ketuan melayu sebagai tempurung sedekah; Isma menggunakan islam dan para pelajar unversiti yang masih mentah sebagai kumpulan peminta sedekah untuk kepentingan pemimpin2 mereka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa