Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 7, 2014

Lantik Taib TYT: Bantahan Yang Tidak Memberi Makna

Pernahkah Agong mendengar orang lain setelah 'di nasihatkan PM' di dalam apa-apa urusan berkaitan politik?
Jadi sebenarnya permohonan/bantahan ini hanyalah untuk mileage politik bagi Pemuda PAS sajalah 
Pemuda PAS bolehlah menyatankan kepada rakyat yang PAS dah bantah dan itu pun akan dikatakan penyibuk oleh penyokong BN nanti

Pemuda PAS mohon Agong tak lantik Taib TYT
mk - 1:40PM - 7 Feb 2014

Pemuda PAS akan memohon mengadap Yang Di-Pertua Agong bagi membantah sebarang usaha melantik Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri seperti yang diura-urakan, selagi tidak dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat (kemeja oren) berkata pihaknya berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang untuk tidak melantik Taib ke jawatan itu ekoran spekulasi beliau akan melepaskan jawatannya dan menggantikan Tuan Yang Teritama Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Abang Muhamad Salahuddin akan tamat perkhidmatan pada 28 Februari ini.

"Terdapat maklumat tidak rasmi bahawa Tan Sri Taib Mahmud akan dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Pemuda PAS memandang serius perkara ini kerana beliau sering dikaitkan dengan rasuah dan salahguna kuasa selama ini.

"Pemuda PAS mendesak agar beliau dibersihkan terlebih dahulu daripada segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa," kata Suhaizan dalam sidang medianya hari ini.
Suhaizan berkata Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland menganggarkan aset keluarga Taib bernilai RM64 bilion tetapi tiada pendakwaan dibuat ke atasnya sekalipun kertas siasatan dibuka.

Sehubungan itu, kata Suhaizan, peletakan jawatan Taib adalah waktu terbaik bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan sebelum ini ataupun membuat siasatan baru ke atas Taib.

"Pemuda PAS melihat SPRM seolah-olah berhalangan untuk mendakwa malah kami dimaklumkan (SPRM) gagal menyiasat sepenuhnya mungkin kerana kuasa yang dimilikinya.

"Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada SPRM untuk mendesak beliau disiasat dan didakwa," katanya.

Suhaizan turut menuntut penjelasan daripada Pusat Zakat Sarawak, Lembaga Hasil Dalam negeri dan Jabatan Peguan Negara berkenaan status zakat, cukai dan skandal Taib selama 33 tahun mentadbir negeri itu.

3 comments:

  1. Suhaizan Kayat tolonglah jgn terikut2 legasi ketua lama yg bermentaliti sebijik mcm menantu presiden.

    Please bro..jgn gila dgn glamor publisiti media/tv, u must hv a big picture, mature sense of evrythin bcoz u r islamic/universal LEADER bro!

    ReplyDelete
  2. Saya hairan membaca komen2 dan ulasan dalam blog saudara yang menonjolkan kebencian apa jua yang dilakukan atau diucapkan oleh pemimpin2 Pas dalam sebarang isu nasional/negeri; sedangkan anda berlagak seolah2 menyokong Pakatan Rakyat.Pas sebagai sebuah parti politik yang jauh lebih lama wujud berbanding PKR dan telah banyak mencorak lanskap politik tanah air sudah sepatutnya berhak memberi pandangan terhadap sebarang isu baik nasional maupun tempatan yang menyentuh rakyat. Itulah sebenarnya peranan sebuah parti politik yang bertanggungjawab dan prihatin; bukan sibuk nak berebut jawatan MB sahaja.Nada komen anda lebih condong dan berbau dengki terhadap apa jua yang dilakukan oleh Pas.Jelas sekali laungan reformasi Anwar untuk merubah akidah bekas ahli2 umno yang lari menubuhkan Parti Keadilan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. Sdr. XUMNO

    Terima kasih banyak kerana saudara kerap berkunjung dan titipkan komen yang menarik di blog cabuk ini.

    Sebenar adakah sdr. maksudkan komen saya atau pengunjung?

    Kalau komen saya/admin blog ini memang saya berpandukan persepsi dan apa yang faham tentang sepak terajang poltik yang saya telah libatkan diri selama sudah dari 40 tahun.

    Perkara-perkara yang apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh sesiapa yang bergelar pemimpin.

    Saya terbuka baik PKR, PAS atau UMNO yang pada pandangan saya tak betul saya akan lepuk. Saya cukup tidak suka kalau pemimpin bertindak bodoh dan melulu.

    Bagi PAS pula mereka mesti lebih berhati-hati sebab mereka membawa imej Islam bersama mereka.

    Terima kasih di atas kritik saudara itu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa