Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 7, 2014

Teresa Kok Lapor Polis Ugutan Penampar: Bila BN pun Kecam Polis Pasti Akan Bertindak!

Selama ini yang aku nampak pihak polis akan lambat bertindak sekiranya BN berdiam diri

Lagilah kalau BN menyokong
Korang tengok apa yang Perkasa buat sebelum ini
Memang Polis bertindak setelah laporan dibuat tetapi lambat!

Baca: BN kecam protes ayam, memburukkan lagi ketegangan kaum


Maaflah pihak polis, ini adalah hakikat 
Aku faham mereka cari makan dan sedia menurut perintah

Sembelih ayam, habuan penampar: Teresa Kok, penyokong lapor polis
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
FEBRUARY 07, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 07, 2014 03:03 PM
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tengah) bersama penyokongnya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2014.

Teresa Kok dan enam yang lain hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian penyembelihan dua ayam oleh kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan ganjaran RM1,200 yang mereka tawarkan kepada sesiapa yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh itu.
Kok ditemani sekumpulan besar penyokong termasuk Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lan; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh serta beberapa penyokongnya ketika membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee.
Kok kelihatan bimbang dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap kumpulan itu kerana ia membabitkan keselamatan dirinya.
“Saya harap polis akan mengambil tindakan segera,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan polis.“Kenyataan mereka adalah ancaman kepada keselamatan saya dan ia juga menyalahi undang-undang.
Semalam, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Jemaah Islamiah menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda marah terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Mereka kemudian melumurkan darah ayam itu ke atas kain rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon.
Tumpuan kumpulan itu ialah terhadap Kok dan klip video ucapan Tahun Baru Cinanya yang bertajuk “Onederful” Malaysia CNY 2014.
“Dalam video saya, tidak ada saya bercakap apa-apa mengenai kuasa dan hak orang Melayu dan Islam.
“Ia adalah satira politik yang dijadikan isu besar seolah-olah saya menghina orang Melayu,” katanya.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bercakap kepada pemberita di luar Balai Polis Tun H S Lee selepas menemani Teresa Kok membuat laporan.Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bercakap kepada pemberita di luar Balai Polis Tun H S Lee selepas menemani Teresa Kok membuat laporan.Ahli Parlimen Kuantan daripada PKR, Fuziah Salleh yang turut hadir menemani Kok berkata, tawaran ganjaran untuk menampar Kok adalah kesalahan jenayah dan menggesa polis mengambil tindakan serta merta.
“Dakwaan itu dengan jelas adalah tuduhan palsu kerana video itu tidak mengandungi perkara yang menghina orang Melayu.
“Kumpulan itu memalukan umat Islam kerana Islam tidak mengajar perlakuan itu termasuk mencurah darah. Ini sesungguhnya bertentangan dengan ajaran agama,” katanya.
Fuziah berkata, NGO Islam itu boleh dilabelkan sebagai pengkhianat kerana cuba mewujudkan perpecahan di kalangan kaum.
Ahli Parlimen Kota Raja daripada PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, bersetuju dengan Fuziah dan menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap mereka.
“Kami menggesa rakyat supaya jangan mengikut kumpulan itu yang nampaknya seperti ada kepentingan sendiri.
“Mereka sebenarnya yang menghina Islam, bukan Teresa Kok. Mereka hanya mahu mencetuskan kemarahan orang Islam terhadap kaum lain,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan berkenaan terlebih sensitif berhubung video berkenaan, yang diwujudkan hanya untuk mengusik.
“Saya tidak tahu mengapa mereka rasa begitu tersinggung. Ia sudah menjadi trend, dahulu ada NGO kepala lembu dan sekarang ada kepala ayam pula,” katanya.
Semalam, sekumpulan kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan Islam (NGO) Islam mencetuskan kekacauan apabila mereka menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda marah terhadap pemimpin pembangkang kerana dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Pada Rabu lalu, Kok sudah membuat laporan polis berikutan menerima banyak ancaman selepas video Tahun Baru Cina itu tersebar luas di internet. – 7 Februari, 2014.

2 comments:

  1. Bila orang orang tua ber sikap tak tanggungjawab jadi bahalol , sunat kan saja bebudak tua NGO ngok tu.

    Buat bangsa malu saja , kalau sendiri benggap kenapa nak anak bini pun ikut benggap.

    Pemimpin bahalol cukup lah , jangan rakyat jadi bahalol ikut otak KANGKONG pemimpin pula.

    Betul tak ?

    ReplyDelete
  2. Ngok islam kepala babi... mne blajar ilmu islam puak lahanat ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa