Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 10, 2014

Melayu Miskin Segala?

Harta miskin
Agama miskin
Tingkah laku dan perangai miskin
Ilmu (otak) pun miskin

Pengajaran daripada Tun Dr Ismail 
Sakmongkol FEBRUARY 10, 2014
An honest man is not neccessarily a nice man - Tun Dr Ismail.
Apabila kita lihat satu kumpulan Melayu menyembelih ayam dan menyimbah darah ke atas beberapa potret ahli Parlimen bukan Melayu, kita sedih. Apa sudah jadi kepada bangsa Melayu? Sudahlah miskin, laku perangai pun miskin. Ini agaknya, kebenaran dalam pengamatan pendita Zaaba bahawa orang Melayu pada hitung panjangnya miskin dalam serba serbi. Miskin wang Ringgit tidak terperi, ditambah miskin pula dalam laku perangai.  Bagaimana perlakuan sedemikian menegakkan maruah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-Raja Melayu?
Maruah Melayu bagaimana yang tercemar dan tercalar? Takkanlah Melayu seperti ini yang kaya-raya, gagah perkasa memerlukan kaedah samseng untuk mempertahankan harga diri dan maruah mereka?
Ramai Melayu tidak faham, taat kita kepada kerajaan adalah taat bersyarat. It is always a qualified loyalty and allegiance. Mereka yang cetek akal tidak faham konsep bertaat setia. 

Demang Lebar Daun semasa berbaiah dengan Seri Teri Buana dahulu pun, mesyaratkan taat setia anak cucu dia. Selagi pemerintah(ketika itu raja) tidak menganiayai anak buah Demang, maka mereka taat. Tapi jika dianiayai dan dizalimi, taat itu batal. Demang nyata lebih farsighted daripada mereka yang balik dari Amerika dan England yang turut memekik Malay supremacy di sana sini.Sembelihlah ayam, itik atau unta sekalipun, keadaan orang Melayu tidak akan berubah. 

Seperti saya sebut dalam artikel lalu, lama sangat sudah kita memekik ketuanan Melayu sana sini, tetapi kita yang tuan duduk rumah setinggan, rumah PPRT, rumah kos rendah. Yang pendatang duduk rumah besar, pangsapuri ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit. Maruah Melayu, pemimpin Melayu tidak pula dianggap tercalar. Maruah raja Melayu saya tidak hendak sebut, sebab semua mereka kaya-raya.
Nabi Muhammad pun ada sebut supaya memuliakan raja dan membesarkan dia kerana raja itu bayangan Allah di muka bumi dengan syarat dia berlaku adil. Dalam semua kes, ketaatan kita mesyaratkan pemerintahan yang adil.
Saya cukup benci mendengar pengakuan orang Melayu, mereka tidak akan sanggup menyebelahi bangsa lain. Ini pemikiran Nazi Jerman. Jahat mana pun Melayu, kita mesti sokong. Sebab itu saya kata orang macam ini adalah calon terbaik untuk samseng Melayu masuk ke rumah mereka, tidur dengan isteri dan anak perempuan mereka, mereka sedia menyebelahi perbuatan samseng Melayu tersebut, sebab, apa pun, mereka itu Melayu. Hidup Melayu!
Datun nenek saya dahulu berperang dalam pemberontakan Pahang berparang, bertombak dan berlembing dibunuh dan membunuh petualang daripada bangsa sendiri jugak. Malu kita anak cucu Tok Gajah Imam Perang Rasu Abdul Salam bin Tok Shahrum jika menyokong Umno sebab Umno dan sekutu mereka, masih anggap Tok Gajah sebagai penderhaka dan pemberontak.
Tidakkah pasukan bola Pahang sedar bahawa Tok Gajah masih dianggap sebagai pemberontak yang jadi magsa konspirasi Inggeris dan rajanya sendiri? Jadi berhentilah hendak beritahu kita bagaimana dan di mana meletakkan asas perjuangan kita. Prinsip kita ialah perjuangan menentang kepalsuan, kemunafikan dan kezaliman dan kesamsengan, tidak mengenal bangsa. Yang penting ialah melawan kesamsengan bukan identiti samseng itu.
Apa kaitan lakonan lucu arahan Teresa Kok dengan maruah pemimpin Melayu, bangsa Melayu dan raja Melayu? Perkara yang dijadikan bahan lucu betul dan benar berlaku. Harga barang meningkat, kualiti pendidikan kita menurun, keadaan keselamatan negara tidak aman, lanun ramai di lautan kita, pengurusan ekonomi teruk, harta dan wang rakyat dibazirkan oleh pemimpin yang boros.
Keadaan orang Melayu, miskin, corot dalam perlumbaan, ketinggalan dalam banyak hal, lemah serba serbi , semua ini tidak ada kaitan dengan bangsa Cina. Bukan orang cina yang menyebabkan Melayu jadi demikian. Bukan orang Cina yang memerintah orang Melayu.
Yang memerintah orang Melayu ialah kerajaan yang dipimpin Melayu. Maka jika bangsa Melayu lemah serba serbi penyebabnya ialah kerajaan. Tukar kerajaan tersebut dan lihat bagaimana orang Melayu hidup.
Kemudian, kita lihat pula suatu kumpulan Islam daripada bangsa Melayu membuat poster tawaran RM1,200 kepada sesiapa yang boleh menampar Teresa Kok. Banyak sangatkah duit orang ini? Kalau banyak, masukkan kedalam tabung kebajikan Raub. Ramai orang susah di sana.
Bila perkara demikian berlaku, maka sedarlah kita dalam negara ini ramai orang Islam, tetapi kurang Islam dilaksanakan. Islam tidak suruh kita melakukan keganasan dan tabiat hodoh macam ini.
Sudahlah bangsa kita Melayu termundur dan berkurangan dalam serba serbi, laku perangai lebih teruk daripada kemiskinan mereka. Apa yang mereka dapat dengan perbuatan demikian?
Adakah dengan melakukan demikian, harga barang akan turun, rasuah akan berhenti, pencurian harta dan wang rakyat akan disekat? Ia hanya menimbulkan kemarahan orang Melayu dan mengundang kebencian bukan Melayu.
Sepatutnya, setelah 57 tahun kita merdeka, tiada lagi perkara perkauman seperti ini. Orang cina ada yang tingal di bumi Malaysia ini 5 hingga 6 generasi. Mereka sudah jadi warganegara Malaysia. Jika kita suruh mereka balik ke China, orang China pun tidak mahu terima mereka. Demikian juga orang India. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi generasi berapa dalam Malaysia? Kedua? Ke-3? Kalau setakat 3 generasi, maka cina yang sudah 5 keturunan duduk di sini mempunyai legitimasi yang lebih daripada Zahid untuk mengakui warganegara.
Pagi tadi saya terima panggilan daripada seorang sahabat. Dia berkerja dengan Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Kalau di zaman Tun Ismail, perkara seperti sembelih ayam dan provokasi ganas yang lain pasti tidak berlaku.
Satu daripada quotation Tun Dr Ismail yang famous ialah `an honest man is not neccssarily a nice man’. Ini prinsip hidup Tun Dr Ismail. Sebab prinsip ini dia digeruni oleh kawan dan lawan. Tun Ismail selalu menasihatkan orang Melayu bahawa yang menguatkan orang Melayu ialah undang-undang. Tanpa undang-undang, orang Melayu akan lemah. Janganlah kita ingat kita ada askar Melayu, polis Melayu, raja Melayu, kita ini kuat. Orang lain pun kuat juga. Pahlawan Melayu Melaka dahulu pun kuat dan perkasa. Bila Portugis datang dengan teknologi perang moden, empayar Melayu Melaka pun luput daripada sejarah.
Sekali lagi, kita ulangi. Apa yang kita dapat daripada menyembelih ayam dan menyimbah darah? Boleh kita hapuskan rasuah? Boleh kita berhentikan samun? Boleh ia meningkatkan pendapatan orang kampung?
Izinkan saya cerita satu peristiwa Tun Dr Ismail. Suatu ketika seorang profesor (ketika itu profesor madya) daripada UM menulis surat beracun yang mengecam bangsa cina. Polis sudah bersedia hendak tangkap profesor ini tapi Tun Dr Ismail kata - jangan, bring him to me.
Jadi pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri pun membawa profesor tersebut berjumpa dengan Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail bertanya kepada profesor itu - What kind of professor are you? Profesor itu jawab, saya profesor ilmu geografi.
Tun Dr Ismail kata:”No, that is not the question I am asking you. I asked, what kind of professor are you? Apa yang awak boleh capai daripada menulis surat beracun tersebut? Ia hanya akan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan menanam kebencian bukan Melayu. Akhirnya jadi pertumparan darah. You hendak jadi that kind of professor?”
Profesor itu cuba membantah dengan berkata:”Tunku buat macam itu…..”
Dr Ismail kata:”That is not the issue. The issue is the poison letter you wrote. Ia boleh meningkatkan ketegangan kaum. This is what I want you to do. You go back and withdraw all those poison pen letters, if not I will put you under ISA.”
Sebab itu Tun Dr Ismail selalu kata, an honest man is not necessarily a nice man. Tun Dr Ismail was prepared to be brutally honest. - sakmongkol.blogspot.com, 10 Februari, 2014.
* Penulis atau nama sebenarnya Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.

2 comments:

  1. Tabik, Datuk. Satu pandangan dan pencerahan yang amat kritikal dan berguna kepada para pemimpin dan penyokong butatuli mereka.Kita amat sedih dengan the deplorable state we Malays are in today, sebahagian besarnya kerana memilih pemimpin2 yang bodoh dan tolol serta lebih memikirkan mengenyangkan perut anak bina dan kroni sendiri.Dan yang paling lawak serta menyedihkan, kebanyakan mereka yang memekik melolong melaungkan slogan Hidup Melayu. Ketuan Melayu, sambil mencaci cerca bangsa dan agama lain, pada siang harinya menjadi buruh, drebar atau tukang sapu pejabat dan premis kediaman tawkey2 bangsa yang mereka cerca!

    ReplyDelete
  2. 1. Please thank Dr. M for this sad state of affairs of the Malays in Malaysia
    2. The bsolution for this is to get rid of UMNO Baru and vote in PR.
    3. You may think that I am stupid but if you the Malays do not do this, 100% the Malays will loose even more in the long run.
    4. Do you Malays really think that Najib and his ministers really care for the Malays welfare. They will only enrich themselves and throw crumbs to the rest of the Malays.
    5. If you don't believe me, it is O.K. Your younger generation of MALAYS are going to suffer not mine.
    6. The ball is in your court and play it well or be doomed for ever.


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa