Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 10, 2014

Timbalan Presiden MCA Tolong Sekolahkan Zahid

Published: Isnin Februari 10, 2014 MYT 12:11:00 PM
Semua Laporan Polis Perlu Disiasat - Wee beritahu Zahid


KOTA KINABALU: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya memberitahu tawaran untuk menampar Teresa Kok bukan satu ancaman.
"Saya tidak fikir ia satu yang berat sebelah dalam sesuatu isu, setiap laporan polis yang dibuat oleh orang awam sepatutnya disiasat," katanya ketika hadir pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini Ahad.
Menurutnya, sebagai pemimpin, Ahmad Zahid sepatutnya bertindak adil manakala pihak berkuasa pula perlu menyiasat setiap laporan polis yang dibuat sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.
"Hanya dengan sikap yang telus dan adil, rakyat dapat mempercayai seseorang pemimpin atau parti yang dipimpinnya," ujarnya.
Pada Sabtu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata bahawa laporan polis mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tawaran untuk menampar Teresa Kok tidak perlu disiasat.
Kontroversi itu terlebih dahulu diwujudkan oleh Ahli Parlimen Seputeh terbabit yang memuat naik ucapan sambutan Tahun Baru Cina berbaur hinaan terhadap negara. - sumber

1 comment:

  1. Ka Siong Aaa.. berapa lama you sudah duduk dalam BN?? Macam you tak tau lagi kedudukan dan peraturan dalam BN....The master (meaning Umno) is always right and above the law; yang lain2 termasuk MCA dan MIC kena always kowtow.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa