Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 10, 2014

Mereka Makin Besar Kepala Setelah Dapat Lesen Dari Menteri KDN!

Kami akan lakukan sekali lagi jika Melayu dihina, kata penganjur protes

Keputusan Kementerian Dalam Negeri  (KDN) mengabaikan ancaman penganjur protes "ayam dan tampar " sebagai bukan sesuatu yang serius menyebabkan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan memberi amaran akan ada lagi bantahan jika "perkara tidak berubah" .

Majlis Jemaah NGO Islam, terdiri daripada kumpulan berkait Umno, berkata mereka tidak takut akan akibat dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan terhadap Khamis lalu, di mana mereka menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana klip video didakwa menghina pemimpin Melayu.

"Jika ahli-ahli politik terus dengan sikap cauvinis mereka, kami akan mengadakan bantahan lain. Kami tidak takut," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifli Sharif kepada The Malaysian Insider.

Zulkifli mengetuai kumpulan memprotes Kok dan pemimpin DAP yang lain, tindakan yang dikatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi "bukan satu ancaman".

"Mengapa kita perlu menyiasat perkara itu? Menampar bukannya ancaman. Jika mereka berkata bunuh, maka ia adalah ancaman," kata menteri itu semalam.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Mohd Mokhtar Ghazali yang menyertai bantahan itu berkata, kumpulan itu "tidak mempunyai apa-apa untuk dibimbangkan".
"Jika kita berani untuk melakukannya, maka kita perlu berani untuk menghadapi akibatnya.

"Pihak polis harus terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap Teresa Kok kerana kita terlebih dahulu membuat laporan sebelum beliau," katanya.

Lima kumpulan Islam yang dikatakan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu termasuklah Permas dan Perkib.

Kumpulan lain adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah (Pekida), yang dikaitkan dengan Umno dan pemimpin terdahulu termasuk bekas perdana menteri dan presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kumpulan berkenaan mendakwa beberapa pemimpin pembangkang menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Selain penyembelihan ayam dan tawaran ganjaran, mereka melumur darah ayam yang disembelih di kain rentang yang memaparkan gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk PKR, Lee Khai Loon.

Penunjuk perasaan berkata, mereka bertindak disebabkan klip video Tahun Baru Cina Kok bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014", yang turut dikritik beberapa ahli-ahli Kabinet dan NGO Islam.

"Beliau (Kok) seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang Melayu berdasarkan apa yang dikatakannya dalam video itu," kata Zulkifli yang mendakwa beliau menganjurkan tunjuk perasaan itu demi agama, bangsa dan negara.

Mokhtar menambah: "Mengapa beberapa pemimpin ini bermain dengan isu-isu yang boleh mengeliru  atau menyakiti perasaan orang lain.”

Kedua-dua pemimpin NGO menafikan terdapatnya pengaruh luar ketika ditanya jika kumpulan mereka didalangi mana-mana ahli-ahli politik .

"Ini adalah inisiatif kami sendiri," Zulkifli menegaskan .
"Kami membiayainya sendiri. Kami tidak ada penaja politik atau korporat," ujar Mokhtar.
Walaupun kedua-duanya telah menafikan wujudnya kaitan dengan mana-mana parti politik, kumpulan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan Umno.

Mokhtar berkata, kumpulan itu akan bersuara terhadap sesiapa yang menghina Islam dan mempersoalkan hak-hak Melayu, tanpa mengambil kira parti mereka.

"Kami tidak peduli mereka daripada parti mana. Saya bersedia walaupun untuk mengkritik kerajaan jika ada keperluan," katanya.

Perkib ditubuhkan pada 2008 bagi menjaga kebajikan dan membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam. Dalam blog, NGO itu berkata matlamat akhirnya adalah untuk "mencari keamanan kekal di dunia dan akhirat ".

Sementara itu, Permas adalah gabungan para pemimpin Pekida seluruh negara ini dan ia mengatakan perjuangan mereka adalah bersandarkan kepada menegakkan agama Islam, bangsa Melayu, raja-raja Melayu dan negara.

Pekida dikenali dengan kegiatan kebajikan di kalangan umat Islam tetapi ia juga dikaitkan dengan kegiatan samseng walaupun kumpulan itu menafikannya dengan mengatakan mereka mungkin daripada kumpulan serpihan .

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah pernah mempertahankan kumpulan ini walaupun reputasi mereka sebagai samseng.

"Di antara mereka terdapat tiga kumpulan yang berbeza. Walaupun Pak Lah adalah Ayahanda kepada Pekida, beliau tidak termasuk puak yang samseng," kata Saifuddin tahun lepas . - TMI

2 comments:

  1. Bodoh lah beruk-beruk Melayu ni. Kalau nak sangat boikot bangsa Cina Laut tu, kamu semua patut suruh semua anak-anak dara dan pemuda Melayu berhenti kerja sebagai kuli atau barua di kedai-kedai hardware atau pasaraya milik bangsa Cina ni. Ini sembelih ayam pun Cina yang ternak dan Cina yang menjadi pembekal. Lagi banyak kamu sembelih ayam lagi banyak Cina untung. Bodoh punya beruk-beruk. Lahir dari Pu** yang bodoh juga.

    ReplyDelete
  2. kalau dah berani sangat, tamparlah sendiri...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa