Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 6, 2014

Pesuruhjaya PAS Selangor Anti Media Baru?

Pada aku nasihatnya tu betul
Tapis dan selidik dulu
Takut-takut berita dari siFasik!
Cuma tajuk dari FMT ni agak drastik - seolah jangan percaya langsung
Sedangkan selama ini media baru/media sosiallah yang banyak membantu merobah keadaan

Jangan percaya maklumat di media sosial
 | February 6, 2014
Kenal pasti dulu sumber sesuatu berita, kata Pesuruhajaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad.
PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menggesa rakyat dan ahli parti sendiri untuk tidak mempercayai maklumat yang disebarkan di media sosial berhubung parti tersebut.
Sebaliknya, beliau menasihatkan rakyat untuk hanya mempercayai kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari pimpinan PAS sendiri.
“Jangan percaya kepada berita-berita yang dibawa oleh pihak ketiga atau khabar-khabar angin. Kenal pasti dulu sumber sesuatu berita,” katanya menerusi satu kiriman SMS kepada FMT.
Beliau mengulas mengenai satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh beliau sendiri yang mendakwa PAS akan bersatu dengan PKR bagi membentuk lanskap politik baru untuk orang Melayu.
“Landskap politik negara kita terutamanya landskap politik orang Melayu perlu diubah. Realitinya perubahan politik di negara kita tidak akan dapat berlaku tanpa kemahuan dan kehendak orang Melayu.
“Orang Cina telah bersatu di bawah DAP kerana MCA hanyalah sekadar bangkai bernyawa. Hanya orang Melayu yang berpecah. Ada di dalam Umno, ada didalam KRr dan ada di dalam PAS. Untuk berlaku perubahan besar, orang Melayu perlu disatukan,” kenyataan tersebut berbunyi.
Kenyataan tersebut turut mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin paling sesuai untuk menyatukan orang Melayu agar tidak ketinggalan dengan bangsa lain.
“Suka atau tidak kita kena akui di antara ketiga-tiga pemimpin utama parti-parti Melayu, Anwar lebih ke hadapan sama ada dari segi kepimpinan, keterampilan atau pemikiran. Maka tidak keterlaluan untuk saya katakan orang Melayu perlu bersatu dibawah kepimpinan Anwar.
“Bersatu untuk menumbangkan Umno dan bersatu agar tidak ketinggalan ketika berhadapan dengan tuntutan dari kaum-kaum lain yang semakin lantang. Maka tidak keterlaluan juga untuk saya mencadangkan agar PAS bergabung terus dengan PKR,”
Di samping itu, kenyataan tersebut turut menambah bahawa gabungan PAS dan PKR akan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Gabungan PAS dan PKR ini akan mengukuhkan politik Melayu di luar Umno. Orang PAS sering kali memperlekehkan ahli-ahli PKR sebagai tidak melalui proses tarbiah. Penggabungan ini akan memberi peluang kepada ulamak-ulamak PAS untuk mentarbiah ahli-ahli PKR
Dengan adanya tarbiah ini dan pertambahan bilangan alim ulamak di dalam PKR, saya yakin masalah yang membelenggu PKR selama ini seperti berlumba-lumba mengejar jawatan, menikam dari belakang dan berebut-rebut projek kerajaan akan dapat diatasi,”
Malah, kenyataan itu turut mendakwa bahawa pimpinan PAS pusat turut terlibat dalam perancangan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Anwar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka itu bagaimanapun menafikan dakwaan kenyataan tersebut.
“Ini bukan kenyataan saya atau pandangan saya tetapi posting dalam media sosial yang saya kongsikan bersama-sama rakan sebagai peringatan bahawa ada pihak yang cuba memecah belahkan PAS.
“Tidak ada kenyataan dari PAS Selangor untuk menggantikan Khalid,” tegas Iskandar
Menurutnya lagi, asas penubuhan PAS dan PKR yang berbeza menyebabkan adalah mustahil kedua-dua parti ini untuk bergabung.

1 comment:

  1. Orang MELAYU perlu bersatu , dan mesti bersatu..... Bersama sama kunyah KANGKONG dan bukan KAILAN sebab KAILAN mahal , orang kampong tak mampu.

    Tapi bila dapat BR1M semua Melayu mampu bersatu seperti Cina kunyah KAILAN.....

    Ada masjid tuk ber jemaah , tak nak pergi bersatu ber jemaah pulak.

    Macam macam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa