Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 6, 2014

Wah.....Aku Setuju Pandangan amenoworld - Sape Belum Baca, Bolehlah Baca!

Misteri Jawatan Menteri Besar Selangor - Rupanya Ramai YG Tidak Suka Kata Ambiga.
Anwar kata bekas adun Kajang CC Lee yang melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di Kajang tidak menerima sebarangan elaun.

Dulu ko ada gaji. Sekarang tiba2 ko takde gaji. Takde elaun. Takde apa pun. Sanggup ke ko melepaskan jawatan tersebut? Lue fikirlah sendiri.


HAHA.


And Rafizi kata konflik antara Azmin vs Khalid boleh diselesaikan melalui proses pemilihan parti. Tak perlu susah payah buat PRK apa bagai. True. Kat sini PKR dah pun mengakui secara jelas, there is conflict between Azmin dan Khalid. Yang mana sebelum neh mereka beria2 cuba menafikan ia. Jadi kita dah boleh anggap bahawa konflik antara Azmin dan Khalid bukan sekadar cakap2 politik aje oke. Ia terbukti benar lagi betul dengan pengakuan secara terbuka oleh Rafizi tadinya tue.


Rujuk sini dan sini.

Forum yang cukup menarik. Yang berlangsung pada semalam. Aku harap dapat tengok di youtube kalau ada versi rakaman. Ini versi pembacaan aje. Aku bersetuju hampir kesemua point2 Ambiga. 

Aku susun ;

1. Ambiga kata rakyat tidak suka misteri/polemik jawatan MB Selangor. PR patut lebih telus dengan perkara ini. Kalau ya DSAI akan jadi MB maka katakan terus terang. Jika tidak, maka katakan juga terus terang. Rakyat takde masalah pun sapa yang patut jadi MB. Asalkan buat kerja sudah la. Bukan soal Azmin, Khalid atau DSAI yang perlu jadi MB dan sebagainya. Ia soal sapa pun jadi MB, ko kena buat kerja. Kalau Azmin jadi MB dan dia buat kerja, apa masalahnya? Kalau Khalid jadi MB dan dia buat kerja, ada isu ke? Kalau DSAI jadi MB dan lakukan tugas, problem ke? Persoalan sekarang ialah PR berteka teki dan berdolak dalih dalam isu perlantikan Anwar sebagai MB.


Sejujurnya, aku pun keliru.


Yang aku dengar dari geng2 partisan cakap lain.

Yang aku baca di paper cakap lain.

Bukan kah ia benar bahawa DSAI memang akan dilantik jadi MB selepas melakukan semua proses berkaitan? Kenapa pula Khalid Samad cakap lain? Kenapa pula pemuda PAS tiba2 tak menyokong? Kenapa pula PAS kata ini neh tak sepatutnya timbul? Kenapa pula tiba2 PAS akan hantar calon MB dari PAS? Maksudnya apa kat sini? Maksudnya PKR tak berunding betul2 dengan PAS. Itu hakikatnya. Makanya masing2 terkeliru dan tenggelam dengan persepsi sendiri. Bila korang sendiri yang keliru, korang jangan pelik dan pongpang2 marahkan rakyat yang keliru. Korang sendiri pun tah hapa2 dalam mengeluarkan statement. So apsal pula aneh rakyat terkeliru dengan kenyataan demi kenyataan dari korang semua?


Kang yang tue cakap Sultan takde hak nak batalkan lantikan MB. Kang yang neh cakap takde diskusi isu MB. Kang yang neh pula cakap DSAI perlu terajui Selangor. Apa maksud terajui Selangor kalau bukan kena mengena dengan jawatan MB?


Pada aku. Korang berterus terang sudah. Yes, DSAI akan lead Selangor. He will become the next MB. Replaces Khalid. Perubahan dalam kepimpinan ini perlu untuk menambahbaik pentadbiran Selangor di masa2 mendatang. Habis. Selesai citer.


Dan kita sama2 tengok la peranan DSAI sebagai MB. Kalau betul cara pemerintahan dia, apa salahnya kita sokong dan terima. Kalau tak betul, apa salahnya kita bantah dan bersuara? Betul tak?


Terus terang sudah. Rakyat mahu wakil rakyat yang jujur. Bukan sekadar hebat lawan kezaliman, kami juga mahukan kejujuran, ketelusan dan mereka yang amanah. Bukan minta kesempurnaan pun.


2. Ambiga kata dia tidak dapat diyakinkan dengan semua point Rafizi mengenai Kajang Move. Walaupun dia tak dapat diyakinkan tetapi dia cuba memahami. Good point Ambiga. Sebab aku pun sama. Kang aku elobrate satu persatu kang ada yang cakap aku cuba mencari pasal. So aku cakap aje la seringkas yang mungkin. Aku sendiri tak teryakin dengan perkara neh then aku takan pergi yakinkan orang agar menerima penjelasan2 dari Rafizi itu. 

Dan aku juga bersetuju dengan kata2 dari Kak Aiman Athirah yang pernah dikemaskini dari laman fb nya. Berhentila dari keluarkan kenyataan2 yang semakin memperbodohkan diri kita (PR) dan terus focus untuk pertahakan Kajang. Ya neh aku cukup setuju dan suka. Bagi aku semakin banyak kita bercakap, semakin tah hapa2 yang terkeluar. Apa yang dah berlaku tue biarla berlaku. 

Kita terus pandang ke depan sudah. Kalau sungguh PKR janjikan Kajang adalah kunci untuk kita semua menjadi lebih baik, maka kita bagi saja peluang dan ruang itu kepada PKR dan PR untuk membuktikan kenyataan mereka. Jika keadaan yang berlaku semakin baik, siapa yang rugi? Kita tak rugi. Tapi untung ma. Tetapi jika berlaku keadaan sebaliknya, pendirian kita akan ditentukan bila situasi itu tiba kelak. Tak payah susah payah fikir sekarang.

3. Ambiga mengkritik PAS yang acapkali keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan PR terutamanya dari PKR. Ambiga akui bahawa PAS bukan robot dan tidak terpakai untuk perlu bersetuju setiap kali dengan PKR dalam apa2 isu namun adalah lebih baik jika PAS dan PKR dapat menunjukkan kesepakatan dalam isu2 kritikal seperti Kajang Move.


Bagi aku ini bukan zaman kuno. Lagi ko takut nak tunjukkan ko berbeza pendapat, lagi susah kita nak melangkah ke alaf yang lebih terbuka. Menutup ruang perbezaan dan hanya menunjukkan persamaan ia tak mengubah keadaan sekarang. Namun point Ambiga ada juga benarnya. Perbezaan pendapat di kalangan parti komponen PR akan dijadikan peluru untuk media2 BN menembak dan menyerang mereka. Kata PR takde kesepakatan. Takde persefahaman. Takde penyatuan. So kat situ akan timbulkan persepsi dan spekulasi yang tidak enak terhadap mereka. Selalunya, PAS akan dapat sokongan simpati. Selalunya PKR akan dijadikan kambing hitam. PKR pasti bersalah dan PAS yang berbeza pasti betul. Ini gambaran yang media BN bentuk. 


Bagi aku cara kita nak counter attack ialah bukan dengan menutup perbezaan antara kita. Sebaliknya raikan perbezaan kita dengan lebih berhemah. Okey, PAS tak bersetuju dengan perkara ini, PKR pula berpendapat seperti ini, korang buat forum, kita bincangla secara terbuka. Biar rakyat nilai. Korang buka satu dimensi baru. BN pun terkejut tengok. Aik. Dorang slumber aje raikan perbezaan dan masih bersatu antara satu sama lain? Takde gaduh2 nak keluar parti, emosi bagai nak nilai semula tahaluf siyasi ka apa neh?

Nampak tak?


Apa yang jadi isu sekarang bukan soal perbezaan pendapat.


Tetapi cara korang tanggani perbezaan pendapat tue TERUK SANGAT.


Kang PKR pergi dedah keburukan2 PAS macam neh.

Kang PAS pergi dedah keburukan2 PKR macam neh.

Sampai bila nak tamat macam tue dah masing2 memang cenderung ada kesilapan, kesalahan, dan memang ada banyak kali salah buat keputusan pun. Ingat kita semua neh sempurna bagai ke apa?


Kita bukan saja perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Bahkan kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju dengan menggunakan cara yang lebih matang, terbuka, pratikal, tidak menambahkan kelukaan di ahti masing2 dan ulaskan perbezaan dengan cara yang lebih demokratik.


Jangan ko pongpang2 ko berbeza tapi dalam waktu yang sama ko cuit kesilapan2 lampau parti2 komponen ko. Dalam erti kata lain, jangan korang semua saling UNGKIT MENGUNGKIT PERKARA YANG LEPAS. YANG LEPAS ITU PENGAJARAN, IKTIBAR UNTUK KITA BELAJAR DAN JADIKAN PENGAJARAN YANG BERGUNA. BUKAN UNTUK JADIKAN PISAU DAN TIKAM KAWAN2 SENDIRI.


Fikirlah sikit.


Bagi aku. Aku memang tak bersetuju langsung dengan Kajang Move. Tetapi aku sangat terbuka untuk melihat perkara yang PKR cuba sampaikan. Maksudnya walaupun aku tak suka rakyat terheret dalam perselisihan dalaman parti tetapi kita bagi peluang sudah untuk mereka buktikan kata2 mereka. Kalau tak bagi peluang pun bukan ada apa2 alternatif yang lebih baik dari itu. Ko suka ke tak suka ke ko bagi aje la peluang, tengok dan nilai la situasi itu sendiri. Habis citer.- sumber

1 comment:

  1. Kajang MOVE is okay selalu tiada PIL LEMBU....

    Takut LEMBU LEMBU keluar pil macam di KD , semua kambing jadi LEMBU tau....

    Ha ha ha ha ha ha.....

    Moga Moga sudah sedar dan waras !!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa