Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 14, 2014

Rupanya Mamat Ni Kaki Belit Yang Kehilangan Telor!

Korang baca apa dia (Zulkifli Sharif) kata kat sini
Pastu baca apa yang dia kata kat bawah ni pulak.....

Teresa Kok disoal polis berhubung video kontroversi Onederful Malaysia
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
FEBRUARY 13, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 13, 2014 06:30 PM

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok disoal siasat polis hari ini berhubung klip video kontroversinya bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014" yang dikatakan menghina orang Melayu, raja Melayu dan Islam.
Kok yang soal selama satu setengah jam di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur berkata, kebanyakan soalan mengenai latar belakang video tersebut.
"Saya ditanya mengapa membuat video berkenaan dan tiga watak dalam klip itu," katanya, merujuk kepada watak-watak mahaguru “feng shui”.
"Saya memberitahu mereka (pegawai polis) bahawa setiap kali Tahun Baru Cina, saya akan merakam video istimewa. Ia hanya untuk berseronok," tambah naib pengerusi DAP itu.

Dalam klip berdurasi 11 minit itu, Kok membawa watak sebagai pengacara rancangan bual bicara Feng Shui dan mengusik tiga ahli panel berkenaan pelbagai topik termasuk sistem pendidikan, kos sara hidup yang meningkat dan isu keselamatan di Sabah.
Beliau berkata, pegawai polis yang "mesra dan ramah" itu juga menyoal latar belakang peribadinya.
Kok disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menyebabkan kerosakan awam dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia atas penggunaan tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.
Pemimpin Umno dan NGO yang menyokong mengkritik video itu, dan lebih 300 laporan polis dibuat terhadap Kok kerana didakwa menghina orang Melayu, raja Melayu dan Islam.
Pada hari Selasa, polis menyoal Lim Chin Miau, salah seorang pelakon dalam klip video yang penuh dengan sindiran itu dan dua pelakon lain berikutan laporan yang dibuat terhadap Kok.
Polis juga menyoal empat orang ahli Majlis Jemaah NGO Islam yang mengadakan bantahan minggu lalu yang turut menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan wang tunai RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok.
Jurucakap NGO itu, Zulkifli Sharif yang menegaskan tawaran itu masih berlangsung, mendakwa beliau dan tiga yang lain memberi kenyataan kepada polis di Ibu Pejabar Polis Dang Wangi dua hari lepas.
"Polis mahu tahu di mana protes diadakan, bila dan apa yang tujuannya," kata Zulkifli sambil menambah keempat-empat mereka hadir tanpa membawa peguam.
Semasa perhimpunan, kumpulan itu juga melumur darah ayam yang disembelih pada sepanduk yang memaparkan gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Adun Machang Bubuk PKR Lee Khai Loon, individu bertanggungjawab terhada “flash mob” mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kenyataan "kangkung" beliau.
Kok dan enam yang lain membuat laporan polis terhadap penunjuk perasaan pada pagi Jumaat tetapi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak  kebimbangan Kok dengan berkata tamparan tidak boleh dianggap sebagai satu ancaman.
Sementara itu, Kok juga menyelar kenyataan Ketua Pulau Pinang Wanita Umno Senator Norliza Abdul Rahim, yang berkata beliau menyokong niat NGO menawarkan wang kepada sesiapa yang berjaya menampar Kok.
"Saya terkejut sebagai seorang ahli politik wanita, beliau boleh menjadi begitu tidak sensitif kepada wanita lain dan menyokong tindakan menampar saya itu.
"Ia jelas menunjukkan beliau cuba mendapatkan publisiti murahan dan saya rasa beliau harus dihantar mengikuti kursus hak asasi manusia dan latihan psikologi," tambah beliau.
Norliza dipetik sebagai berkata gabungan itu tidak sepatutnya disalahkan atas ganjaran tunai mereka kerana mereka marah dengan video yang disifatkan sebagai rasis dan anti-agama . – 13 Februari, 2014.

2 comments:

  1. inilah jadi nya bila lembu lembu gerombolan marah ! ABU !

    ReplyDelete
  2. ketika umno hantar kek hari jadi berupa najis (tahi manusia) kepada KM Pulau Pinang (Lim Guan Eng), hangpa tak kata apa pun, bukankah itu juga menghina, rasis (perkauman) dan mengahsut melayu bodoh dalam umno membenci cina (KM - LGE). wahai bongok-bongok umno cerminlah diri kamu dengan cermin muka, jangan guna cermin mata.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa