Nobel satira 'Shit' Shanon Ahmad dulu lagila kotor dan jijik
Di masa itu ada ker pihak polis di sepahkan dengan ratusan report?
Tapi klip video Teresa ni, kenapa ramai sangat manusia yang terasa
Memang benar terasa atau kerana 'gosok, jilat dan bodek'?
Nak kata kerana Melayu, aku yang Melayu ni tak terasa pun.....
Malu tu adalaa.....sekiranya betul ada Melayu yang memang berperangai begitu!
Kenapa Teresa keberatan namakan Rosmah
Setelah darah ayam terpercik di gambar Teresa Kok, ini kisah yang pengkritik anggota Parlimen Seputeh itu mungkin tidak suka dengar.
Teresa sedang berjalan di Gombak, Selangor. Kemudian beliau mendengar bunyi hon dan namanya dipanggil.
“Teresa Kok, video klip kamu bagus!”
Begitu Teresa menceritakan semula kisah itu kepada KiniTV pada Rabu, termasuk menggunakan isyarat tangan sekali.
“Saya tak jangka ini daripada orang Melayu. Mereka (pengkritiknya) secara tidak langsung mempromosikan video saya kepada audiens yang lebih besar,” katanya.
Teresa merujuk kepada video Tahun Baru Cina kontroversinya “Onederful Malaysia”, satira politik dalam bentuk bual bicara olok-olok.Ia membariskan tiga pakar feng shui yang menyentuh pelbagai isu.
Satu daripada watak dalam video itu bernama Mrs Jit (kiri), seorang wanita yang gemarkan beg tangan mewah dan batu permata.
Ramai rakyat Malaysia menganggapnya sebagai parodi terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Teresa bagaimanapun gemar menyerahkan tafsiran itu kepada penonton sendiri.
“Sehingga sekarang, mereka (termasuk Rosmah) tidak kata apa-apa bukan? Jadi, lebih baik saya tak kata apa-apa. Saya ambil pendirian, kalau kamu kata begitu, begitulah,” kata Teresa.
Melayu perlu mula terima hakikat bahawa dewasa ini , prinsip simpan duit sikit sikit lama lama jadi Diamond adalah benar.
ReplyDeleteNilai ringgit jatuh bagai duit pisang zaman perang jepun dulu gara gara pemimpin bahalol pilihan rakyat.