Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 9, 2014

SPRM Bacul?

Ada Jin kebal di belakang Taib?
SPRM tak mampu tembus?

AMK selar SPRM dalam isu Taib Mahmud
 | February 8, 2014
SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat.
taib-mahmud36MIRI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membantah sebarang usaha untuk melantik Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh menegaskan Taib tidak layak dilantik TYT Sarawak kerana berhadapan dengan ratusan laporan polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
“SPRM bertindak bacul dan dipandang tidak bermaruah oleh umum khususnya rakyat Malaysia kerana langsung tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan,” katanya mengulas spekulasi pengunduran Taib.
Pendedahan demi pendedahan telah terbongkar termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yangg dianggarkan bernilai berbillion ringgit.
Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan angka nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.
`Kekayaan Bekir di luar jangkauan’
“Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan.
“Selama 33 tahun Taib dengan cemerlang berjaya melakukan konspirasi salahguna jawatan awam dengan merasuah demi membentuk sebuah mahligai organisasi jenayah berlesen,” kata Zulhaidah.
Katanya kenyataan demi kenyataan dibuat oleh SPRM kononnya pihak mereka tidak pernah berhenti menjalankan siasatan berkenaan kes ketua menteri Sarawak itu.
“Tahun demi tahun silih berganti. Dokumentari dibongkar contohnya video yang mengaitkan Abdul Taib turut didedahkan menerusi YouTube oleh Global Witness (GW).
“Hingga kini Taib masih tetap bebas dan berkuasa. Seolah-olah Taib kebal SPRM dan sikap ‘fear and favour’, dan secara bebas, telus dan profesional tidak konsisten. Ianya hanya konsisten kepada rakyat biasa sahaja.
“Sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat.” tegas beliau
Sementara itu, spekulasi Taib menjadi TYT semakin hangat apabila PAS menggesa Agong untuk tidak melantik Taib menjadi TYT.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa