Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 14, 2014

Ular Lidi Nak Tandingi Naga Ke?

Nak tandingi Sultan Johor ke?
Takkan ular lidi nak lawan naga?
Ingat tu... lu di darjat berlainan
Lu punya negeri Sultan pun tadak!
Pendapatan negeri lu ciput jer kalau nak dibandingkan dengan Johor

Uweeh...dari KM sampaike Isteri KM sehingga ke Setiausaha woo....
Banyak nyer duit diaorang nih
Kalau dah pakai duit poket sendiri, lantak lulah....
Tapi pakai duit awam, salah dan terkutuk ke anak cucu tuh!

KM Melaka nafi guna dana awam beli nombor plat mewah
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 14, 2014
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam.
Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut.
"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider.
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister).
Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan.
"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan."
Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. - 14 Febuari, 2014.

2 comments:

  1. Belum pun setahun jadi KM dah punya wang ratus ribu cuma nakkan nombor plet kereta. Dari mana datangnya duit tersebut? Takkan dah simpan sejak dalam perut ibu lagi?

    ReplyDelete
  2. Tengok muka dia , kesian pulak kat melayu melayu miskin di melaka , yang rata rata jahil bahalol dan benggap.

    Bukan susah nak jadi bodoh , pergi saja ke Melaka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa