Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 10, 2014

Agaknya Bekas Menteri Ni Dah Nak Biul Kot?

Perlantikan Mahathir sebagai menteri mentor mengundang bencana 
Dikemaskini 04:48PM Apr 09 2014

KOMEN: Selepas bertahun mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri penasihat undang-undang Datuk Zaid Ibrahim telah melakukan pusingan-u dengan mencadangkan Mahathir sebagai menteri mentor. 
Di dalam tulisan blognya, Zaid berkata negara ini perlu pemimpin berani dan tegas. Beliau mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfokuskan pelan transformasi ekonomi dan kewangan, sementara Mahathir mensasarkan tiga bidang: memulihkan perpaduan kaum, dan menleraikan isu agama dan isu sensitif.

Zaid berkata cadangan beliau bakal menerima tempelak daripada pelbagai pihak kerana sebelum ini, beliau kerap menghentam Mahahir. Bagaimanapun, kehebatan Mahathir jelas terbukti, katanya.

Ahli sains politik Dr Wong Chin Huat berkata cadangan Zaid seakan menjurus kepada negara dengan dua perdana menteri.

“Ini kerana, Mahathir tidak akan hanya memberi nasihat sebagaimana Lee Kuan Yew tentang beberapa perkara, tetapi akan merangka dasar dan membuat keputusan.

“Sudah tentu ia bakal membawa bencana. Negara kita kini seperti tiada kepimpinan, tetapi tidak perlu kita lantik dua pemimpin negara,” Wong memberitahu theantdaily.

Di dalam blognya, Zaid menulis bahawa Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu kehendak sokongan politik bagi tempoh 15 tahun akan datang.

“Tidak perlu ada perubahan walaupun perdana menteri bertukar ganti. Tidak perlu ada perubahan walaupun menteri pendidikan silih berganti.

“Hanya Dr Mahathir mampu memberi jaminan itu,” ujar Zaid.

Wong bagaimanapun bertanya, bagaimana sistem pendidikan boleh mendapat keuntungan dengan sikap Mahathir yang subjektif dan gemar membuat keputusan sendirian.

“Mahathir mahukan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik di dalam Bahasa Inggeris) dan ia digemari ibubapa kelas pertengahan yang mahu mutu Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

“Bagaimanapun, solusi terbaik ialah bagi mengembalikan sekolah dengan Bahasa Inggeris sebagai pengantar di samping memperbaiki mutu Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah biasa. Mahathir tidak akan mengaku bahawa kerajaan silapapabila menukar sekolah Inggeris kepada sekolah dengan pengantar Bahasa Malaysia. Akibatnya mutu pendidikan menurun terutama di kalangan sekolah-sekolah dengan pengantar Bahasa Malaysia,” katanya.

Wong said the PPSMI policy only swept the problems under the carpet.

Dasar PPSMI hanya mengalih pandangan daripada masalah sebenar, ujar Wong.

“Akhirnya, pelajar – terutama di bandar dan terdedah dengan Bahasa Inggeris – akan mendapat untung kerana persekitaran mereka.

“Namun, apa yang terjadi di sekolah luar bandar dengan kekurangan guru yang mampu mengajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris? Mahathir tahu kekurang ini tetapi masih bertegas mahukan PPSMI.

“Beliau tidak benarkan polis dilaksanakan perlahan-lahan, mungkin kerana sedar tidak akan dipersetujui rakyat. Adakah pemimpin seperti ini dapat membuat reformasi di dalam pendidikan?” soalnya.

Wong turut berkata bahawa Zaid sebenarnya mahu menyokong “cara kepimpinan Mahathir yang authoritarian” kepada ibubapa pro-Bahasa Inggeris.

Berkenaan isu sensitif dan agama, Zaid menulis: “tiada siapa di dalam Umno yang lebih komited daripada Mahathir. Apabila kerajaan Kelantan mahu memperkenalkan Enakmen Jenayah Syariah 1993 (atau undang-undang hudud), Tun dengan tegas berkata: Malaysia negara demokrasi dan tiada tempat untuk hudud.”

Wong menjelaskan bahawa Zaid mungkin terlupa beberapa perkara tentang Mahathir.

Populariti hudud berlaku akibat dasar Islam yang diperkenalkannya yang bersifat sempit dan eksklusif, katanya.

Kedua, Mahathir sendiri mengumumkan bahawa Malaysia sebuah “negara Islam” bagi memenangi hati penyokong Reformasi daripada golongan Melayu.

Zaid turut mencatat tentang perpaduan negara sambil berkata kaum Cina bakal membelakangi Datuk Seri Anwar Ibrahim kelak.

Wong bagaimanapun tidak bersetuju.

“Saya fikir, sekiranya Mahathir muncul kembali, pengundi dari kaum Cina tidak akan dapat membaca portal berita di Internet tanpa sekatan. Zaid wajar berhijrah ke masyarakat di dalam gua dan melantik Mahathir sebagai pemimpinnya,” kata Wong. - sumber

5 comments:

  1. Mmg biol. Mmg sah sakit otak. Dah buang tebiat la tu.

    ReplyDelete
  2. Dia ikut pendapat bini dia kot. Bini dah bagi restu lompat kat madey balik kot.

    ReplyDelete
  3. Zaid ni perli ke serius? Kalau perli itu oklah, apa yg disindir kena fikir sendiri. Tapi jika serius, memang tepat dikatakan naik biol dia ni.

    ReplyDelete
  4. Kan ke dia ni bekas ahli atau penasihat pkr. Apa nak heman. Trait pkr tu masih ada, walau pon gagasan dah beralih arah setelah mengenal kaca dan permata. Dah insaf la tu.

    ReplyDelete
  5. Dah tak laku maka mulalah merapu nak ambil perhatian. Spesis yang sealiran dengan Kasim Ahmad dan Mahathir yang amat anti Hukum Allah.Jadi seperti biasa "Birds of a feather fly together "...not to Heaven but to the other side....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa