Yang Najib resah kenapa?
Isu nak tukar kerajaan atau PM?
Musim pilihanraya tidak, musim pemilihan UMNO pun tidak
Tetiba saja bercakap tentang isu tukar kerajaan....
Atau Najib takut dirinya ditukar?
Dah ada beruk menggoyangkan pokok ke?
Jangan sewenang-wenang tukar kerajaan, kata Najib
MI - APRIL 10, 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.
Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.
"Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan... buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok Seri Damai, dekat Kuantan hari ini."Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya," kata Najib.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan seperti yang yang diharapkan.
Katanya rakyat sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai. – Bernama, 10 April, 2014.
sebenarnya masih ramai lagi rakyat yg yakin dengan kerajaan yg sedia ada iaitu BN cuma skrg ni seluruh rakyat dah tak yakin dengan kepimpinan kamu sbagai PM lebih2 lagi sitri kamu tu yg berlebih2,boros dan tidak pernah perihatin dgn penderitaan rakyat
ReplyDeletesebenarnya masih ramai lagi rakyat yg yakin dengan kerajaan yg sedia ada iaitu BN cuma skrg ni seluruh rakyat dah tak yakin dengan kepimpinan kamu sbagai PM lebih2 lagi sitri kamu tu yg berlebih2,boros dan tidak pernah perihatin dgn penderitaan rakyat
ReplyDelete