Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 4, 2014

Korang Fikir Cerdik Ke Gesaan Ini?

He..hee....'Kerajaan Islam ini'?
Kalau nak jilat pun biarlah padan dengan nama NGO yang dibawa
Tak lama lagi jadi menterilah dia ni agaknya
Kalaulah mereka seperti ini ditakdirkan jadi pemerintah akan jadi lebih kuku besi dari Korea Utara gayanya

ISMA: Lucut kerakyatan pengkritik MH370
mk - 7:31PM - 3 Apr 2014

NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang mengambil kesempatan memburukkan Malaysia kepada orang luar sewaktu negara menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mt Dali berkata golongan itu termasuklah mereka yang didakwanya tidak "sekapal" dengan kerajaan sekarang dan media yang tidak 'mesra' kerajaan, termasuk Malaysiakini.

"Terkini diberitakan ada pihak di kalangan DAP dan PKR memburuk-burukkan kerajaan dan bertindak menghasut di luar negara sehingga ada keluarga mangsa menjadi begitu marah kepada kerajaan.

"Kalau benar, mereka ini saya anggap adalah pengkhianat negara dan patut lucut kerakyatannya dan nasihatkan mereka untuk pindah ke negara yang mereka suka," kata Rahman dalam kenyataannya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa terdapat anggota DAP dan PKR mengkritik kerajaan menerusi laman blog mikro Weibo, dan aplikasi WeChat.

Anggota PKR dan DAP bagaimana pun menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, individu pertama yang membangkitkan perkara itu.

Sementara itu, Abdul Rahman turut menyeru mereka yang mengkritik usaha pencarian itu agar bersama menyokong kerajaan kerana sikap patriotik dituntut dalam Islam.

"Oleh itu umat Islam khususnya orang Melayu, jangan terperangkap dengan politik sempit yang merugikan negara dan kepentingan Islam walaupun kita tahu kerajaan Islam ini tetap ada cacat cela dan tidak sempurna," katanya.

3 comments:

  1. Nampaknya Isma ni berebut2 nak tunjuk kebangangan dan ketololannya.Hasrat nak mengampu umno dan Najib; tapi taktik mempamerkan kebodohan melampau. Kepada adik2 siswa dan siswi yang tertipu dengan perjuangan Isma, tolonglah cepat2 keluar dari kelompok bodoh ini sebelum anda semua jadi bodoh sama seperti pemimpin2 Isma yang tolol ni.

    ReplyDelete
  2. Inilah bakal pemimpin yg sekarang ini merupakan pelapis Hasan Malik

    ReplyDelete
  3. sepatutnya terima kritikan utk perbaiki kelemahan. inilah org yg mempunyai tahap kebodohan melampau...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa