Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 10, 2014

Manganese Di Kelantan: YAKIN Kena Kelentong?

Alasan yang nampak kebodohan YAKIN
Cerdik ker bila benarkan hasil dikaut, perjanjian belum ditandatangani?
Kenapa Kerajaan Kelantan benarkan?

Aktiviti perlombongan tidak sah di Kelantan

 | April 9, 2014
Dua daripada enam syarikat perlombongan manganese di Kelantan menjalankan perlombongan tanpa sebarang perjanjian.
perlombonganPETALING JAYA: Beberapa syarikat perlombongan di Kelantan didapati menjalankan aktiviti perlombongan tanpa sebarang perjanjian sah.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, dua daripada enam syarikat perlombongan manganese, iaitu sejenis mineral yang digunakan untuk melentur besi masih belum menandatangani perjanjian dengan badan berkanun kerajaan negeri ,Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin).
“Semakan Audit mendapati sehingga Mei 2013, hanya tiga daripada enam syarikat telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Yakin.
“Tiga lagi belum menandatangani perjanjian walaupun mereka telah menjalankan operasi perlombongan antara tahun 2009 hingga 2012. Menurut Yakin draf perjanjian telah diserahkan kepada pihak syarikat untuk diteliti oleh peguam syarikat masing-masing tetapi masih belum dikembalikan kepada Yakin,” menurut laporan tersebut.
Bagaimanapun, sehingga pertengahan Januari ini, hanya satu syarikat lagi yang telah menandatangani perjanjian dengan Yakin untuk menjalankan aktiviti perlombongan.
“Antara sebab kelewatan draf perjanjian dikembalikan ialah kerana penstrukturan semula syarikat yang berkenaan.
“Akibatnya Yakin tidak dapat mengambil tindakan terhadap tiga syarikat tersebut sekiranya wujud pertelingkahan atau perlanggaran kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian,”
Jabatan Audit Negara turut berpendapat Yakin seharusnya lebih tegas dalam memastikan perjanjian ditandatangani terlebih dahulu sebelum pihak syarikat dibenarkan memulakan operasi untuk melindungi kepentingan Yakin sendiri.
Dalam pada itu, laporan yang sama turut mendapati syarikat-syarikat perlombongan ini gagal menjelaskan bayaran tribute kepada Yakin sebanyak RM1.44 juta pada tahun 2011 dan RM2.38 juta pada tahun 2012.
“Tribute akan dibayar terlebih dahulu berdasarkan anggaran kuantiti manganese yang akan dipindahkan dan kemudian akan dibuat pelarasan berdasarkan kuantiti sebenar yang dipindahkan mengikut Borang 13D. Pihak Audit mendapati pelarasan kuantiti pemindahan manganese tidak dibuat untuk menentukan ketepatan bayaran tribute,” jelas laporan tersebut.
Antara dapatan lain laporan tersebut ialah:
  • Penangguhan operasi perlombongan
  • Syarat-syarat pajakan lombong tidak dipatuhi
  • Kesan kepada alam sekitar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa