Pihak berkuasa Australia mengumumkan dua lagi isyarat ping berjaya dikesan semasa operasi mencari pesawat MH370 semalam.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyatakan, analisis ke atas isyarat tersebut menunjukkan ia “bukan berpunca dari sumber alam dan berkemungkinan berpunca dari alat elektrik tertentu”.
Ketua JACC Angus Young dalam sidang medianya hari ini menyebut, dua isyarat bunyi tersebut dikesan selang 1.106 saat, yang konsisten dengan isyarat dari perakam data penerbangan.
Data dari dua ping pertama itu diteliti di pusat analisis JACC di kapal HMAS Albatross mengesahkan bahawa isyarat tersebut "stabil, terang dan jelas" pada frekuensi at 33.3 kilohertz.
Houston berkata beliau perlu berhati-hati agar tidak memberi maklumat salah kepada keluarga penumpang MH370.
Tegasnya, mereka tidak akan menyatakan bahawa pasukannya telah menemui pesawat Boeing 777, sehinggalah pasukan itu berjaya melihat sendiri bangkai pesawat tersebut dengan alat khas seperti kenderaan bawah air automatik Bluefin-21.
"Apa yang kami dapat setakat ini ialah pengesanan pancaran (isyarat). Kita tidak tahu apa yang berada di kedalaman itu,” katanya dalam sidang media di Dumas House di Perth Barat. - mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa