Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 2, 2014

MH370: Gunakan Pesawat Dan Peralatan Paling Canggih Pun Masih Gagal

Pesawat paling canggih AS gagal kesan kapal terbang MH370

PERTH - Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia.
Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu.
Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.
Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.
Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370.
Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan.
Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya.
"Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut.
"Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil," katanya.
Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. - Reuters

2 comments:

  1. Masaalah diMalaysia ni pemimpin-pemimpinnya tak sadar selalu kena tipu orang luar.Kehilangan MH 370 adalah satu konspirasi yg dirancang rapi tapi kita tak sadar dan tak faham.Inilah akibat terlalu percaya sangat dengan orang luar.Dikalangan agensi-agensi perisik antara bangsa Malaysia ni sekadar "bidak" yg boleh dipermainkan.Dalam pembelian kapal-kapal TLDM,pembelian jet-jet TUDM dan senjata serta peralatan Tentra Darat,Malaysia selalu kena tipu.Kerajaan pulak tipu rakyat Malaysia.Jadi kes tipu-menipu ni dudah jadi lumrah pemimpin-pemimpin Malaysia.Sekarang depa dibayar cara tunai akibat perbuatan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Memang xdelah tu, cari sampai kiamatpun xjumpa. kalau jatuh kat situ mesti ade yg terapung-dah lama mesti dah kembang segala gam & timbul dah!. Rasa mcam MH370 mendarat slmat kat memana.
    Ya Allah, tolonglah hamba-hambaMU yg lemah ini!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa