Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 7, 2014

MH370: Kejutan Atau Cabaran?

MH370: Teori konspirasi Utusan cabaran buat Najib
08:30PM Apr 07 2014
SEKILAS PANDANG: Memutarkan teori konspirasi bagi isu besar serta menyebarkannya di atas talian telah menjadi tabiat manusia hari ini. Namun,melaporkannya seperti suatu komentar di akhbar arus perdana jarang terjadi.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melakukannya apabila penolong pengarang Ku Seman Ku Hussein membuat spekulasi bahawa agensi risikan Amerika Syarikat (CIA) terlibat di dalam episod kehilangan MH370.
Di dalam laporannya, beliau membuat andaian CIA mungkin menyebabkan perkara itu berlaku. Ia mungkin dilakukan bagi memberi kesan terhadap hubungan ekonomi di antara Malaysia dan China, katanya.
Ku Seman berpendapat implikasi tersebut sudah mula dilihat berikutan kemarahan ahli keluarga penumpang warga China di dalam pesawat malang itu.
Beliau juga mendakwa CIA mungkin merencanakan kehilangan MH370 sama seperti yang terhasil dengan peristiwa September 11 yang menyaksikan serangan di negara Uncle Sam itu. Mengikutnya lagi, CIA memiliki pelbagai sebab bagi melaksanakan rancangan kehilangan MH370.
Bagi satu akhbar milik Umno, laporan tersebut tentu mengejutkan. Tambahan pula, ia bakal memberi kesan kepada integriti dan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Persoalannya, adakah Najib bakal bertindak terhadap lidah rasmi partinya? Laporan bersifat spekulasi begitu sewajarnya berdepan tindakan undang-undang daripada pentadbirannya. Bukankah media wajar melaporkan kenyataan sahih mengenai misteri pesawat itu?
Buat masa ini hanya Tuhan tahu di mana MH370 berada, jadi mengapa membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.
Laporan palsu dan mengelirukan itu bakal menjejaskan reputasi Putrajaya.
Bahkan ianya tidak langsung disokong sebarang bukti, sepertimana kenyataan “pesawat tersebut berakhir di selatan Lautan Hindi” yang dibuat Perdana Menteri.
Bekas duta Amerika ke Malaysia John Malott membakulsampahkan laporan tersebut dan menggelarnya “aneh” dan bersifat paranoid.
Washington, katanya, akan memandang serius kenyataan itu. Ini kerana CIA merupakan agensi yang dikenali di seluruh dunia.
Laporan tersebut diterbitkan sejurus sebelum Presiden Obama melawat negara pada akhir bulan ini.
Adakah Amerika Syarikat bakal mendiamkan diri, sedangkan negara itu terlibat secara langsung di dalam misi mencari besar-besaran di Lautan Hindi?
Apa yang akan Najib buat? Memberi amaran kepada Utusan di dalam usaha menambat hati Obama, dan meredakan kemarahan Amerika?
Masa bakal menentukan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa