Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 6, 2014

MH370: Setelah Sekian Lama, Korang Nak Percaya Ke?

Aku rasa sekian lama kita telah dikelentong oleh Dajal dan kuncu-kuncunya!
Kesian...waris-waris mangsa terpaksa menaruh harapan.......
Aku lebih cenderung untuk berkongsi syak wasangka Utusan Malaysia

Kapal pertahanan Australia juga kesan isyarat
MOHD RAZMAN ABDULLAH
PERTH: Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.
Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.
"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.    
Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.
Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.
Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

5 comments:

  1. siapa kah yang masih percaya kepada negara amarika israel britis n kuncu
    yang jelas memang ingin semua negara lain tunduk kepada mereka
    ini negara sanggup buat apa saja asalkan niat tercapai

    ReplyDelete
  2. Klu dah terhempas di lautan Hindi memang tak ada harapan hidup. Tapi klu disembunyikan perampas pesawat mungkin ada harapan masih hidup.

    Setuju atau tidak, itulah kenyataannya.
    Belajarlah menerima.

    ReplyDelete
  3. Itulah, I dah bagi cadangan, suruh pam air Laut China Selatan dan Lautan Hindi hingga kering, diorang tak mau dengar cakap I .. aww aww

    ReplyDelete
  4. NAK PERCAYA DENGANN PEMERINTAH MALAYSIA DAH PAYAH .BANYAK TIPU NYA

    ReplyDelete
  5. Lu tak caya gua ka bro..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa