Dan...komen ketika diminta
Tapi apa tindakannya sebagai seorang MP?
Kalau ditengok sekali imbas memang dia ni boleh pakailah
Dia seolah suka menongkah arus
Namun dia hanya bercakap tanpa ada usaha untuk memperbetulkan keadaan
Contoh ketara Royalti minyak Kelantan
Dia menyokong tuntukan itu tetapi pernahkah dia bersuara pada tempatnya yang sepatutnya?
Contohnya di Parlimen?
Kalau ditengok sekali imbas memang dia ni boleh pakailah
Dia seolah suka menongkah arus
Namun dia hanya bercakap tanpa ada usaha untuk memperbetulkan keadaan
Contoh ketara Royalti minyak Kelantan
Dia menyokong tuntukan itu tetapi pernahkah dia bersuara pada tempatnya yang sepatutnya?
Contohnya di Parlimen?
Kerajaan utamakan IPP berbanding rakyat
Setengah trilion ringgit wang Petronas digunakan bantu kroni namun subsidi petrol rakyat dikurangkan.
KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik kerajaan kerana mengutamakan pengeluar tenaga persendirian (IPP) berbanding rakyat.
Dalam ucaptamanya di majlis perasmian buku ‘Malaysia Kaya, Rakyat Miskin’ nukilan Anas Alam Faizli semalam di Kelab Sultan Sulaiman semalam, Tengku Razaleigh membincangkan peranan Petronas dalam memasarkan khazanah petrolium negara.
“Ekoran ketidakmampuan kita untuk memacu negara keluar dari perangkap pendapatan pertengahan, kita telah mensubsidikan petrol supaya dapat digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah.
“Walaupun ini bukan cara terbaik untuk menangani masalah peningkatan kos sara hidup, ianya difahami sekiranya kerajaan menghulurkan bantuan,” katanya lagi.
Namun, Tengku Razaleigh mempersoalkan mengapa kerajaan berterusan mengutamakan IPP berbanding rakyat.
“Seperti yang ditekan oleh Anas, sejak 1997, subsidi ini telah berjumlah RM136.5 bilion.
“Namun, apa yang menyedihkan ialah di kala pengeluar tenaga ini berterusan menikmati subsidi minyak, subsidi petrol kepada pengguna yang dianggarkan ditanggung kerajaan berjumlah RM14 bilion pada tahun 2011 dikurangkan baru-baru ini,” kata pengasas Petronas itu.
Tambahnya, ternyata kerajaan telah menggunakan Petronas sebagai ‘sumber’ kewangan dan telah membelanjakan lebih setengah trilion ringgit untuk membantu kroni-kroni.
“Pergantungan kepada Petronas untuk membantu golongan yang mempunyai hubungan dengan kerajaan yang menghadapi masalah kewangan telahpun berlaku sejak 1985 apabila kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada Bank Bumiputera bernilai RM2.5 bilion dan seterusnya berjumlah RM 1bilion pada tahun 1991.
“Pada tahun 1997, Petronas terpaksa membantu Konsortium Perkapalan Berhad berjumlah RM2 bilion. Syarikat petrolium negara itu juga terpaksa menampung kos pembinaan Menara Berkembar Petronas di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur berjumlah RM6 bilion dan kos yang amat besar bagi pembinaan Putrajaya bernilai RM22 bilion,” jelasnya.
Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, jumlah wang yang digunakan untuk membantu kroni itu lebih wajar digunakan untuk membentuk satu program wang persaraan untuk kegunaan rakyat.
Korang baca pula kat sini Tragedi Memali: Ku Li tidak ingat di mana Dr M
Korang baca pula kat sini Tragedi Memali: Ku Li tidak ingat di mana Dr M
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa