Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 4, 2014

Perempuan Tua Jahat

Ketua Wanita MCA berisiko terkena sumpahan sendiri
Apr 03 2014
KOMEN PEMBACA: Sumpahan seperti ini hanya mencerminkan kejahatan dan fikiran kotor beliau. Ia tidak sepatutnya dilakukan sesiapa pada masa dan zaman ini, lebih-lebih lagi seorang ahli politik.
Seorang wanita dengan niat jahat sebegini tidak sepatutnya dibenarkan memimpin. Seorang pemimpin sepatutnya mengamalkan perbuatan, pertuturan baik dan pemikiran yang baik. Anda mungkin tidak bersetuju dengan lawan, tetapi ia tidak mewajarkan perbuatan menghantar sumpahan kepadanya dan keluarganya.
Beliau jelas telah sesat dan memerlukan bimbingan. Seseorang perlu membawa beliau ke jalan yang benar untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada Yang Maha Kuasa di atas kejahatannya.
Sehingga itu dia harus menjauhi diri dari politik dan tumpuan awam. - Conscience
Tan Sri Lai: Sentiasa ingat bahawa apabila anda menuding satu jari pada orang lain, sekurang-kurangnya tiga jari lain akan menunjuk pada diri sendiri...dan apabila kamu memberikan sumpahan kepada orang lain untuk apa-apa sebab pun, laknat yang sama akan kembali kepada anda sekurang-kurangnya tiga kali!
Chang Ming Chew: Saya tertanya-tanya syaitan apakah yang merasuk perempuan tua jahat ini, sehinggakan dia mengeluarkan nista sebegini. Adakah dia berfikir dengan menjadi ketua Wanita MCA, dia ibarat seorang maharani Cina? Setahu saya, Qing Ming dan undang-undang dinasti tidak lagi berkuat kuasa di mana-mana sahaja di dunia; Malaysia bukannya di bawah naungan China, tetapi Malaysia adalah sebuah negara berdemokrasi yang disokong oleh perlembagaan yang melindungi hak-hak asasi kita.
Tambahan pula, ironinya ialah perbuatan beliau boleh menyebabkan beliau sendiri terhukum. Kebanyakan rakyat Malaysia keturunan Cina adalah tidak lebih daripada generasi kelima. Kebanyakannya mungkin generasi ketiga. Saya pasti terdapat beberapa orang dalam PKR yang bersaudara dengan beliau. Dia mungkin telah menghukum dirinya sendiri kerana mempunyai saudara mara dalam pembangkang.
Francis Ho Yun Kiong: Hanya orang bodoh yang akan membuat komen tanpa mengesahkan kesahihan khabar angin itu ... Beliau telah mengaibkan semua wanita diMalaysia.
Tony Mettananda Chuah: Heng, adakah anda ingin diri anda dan seluruh ahli keluarga anda disumpah dengan "penghapusan sembilan keturunan"? Ingat, anda akan menerima apa yang anda berikan.
Christopher Yau: Adakah perbuatan sumpahan keluarga orang lain kini budaya MCA?
James Tan: Dia membuatkan Chew Mei Fun kelihatan seperti bidadari. Saya tertanya-tanya di mana dia bersekolah dahulunya.
Ambalaka: "Walau bagaimanapun, beliau mempertahankan tindakan beliau dan berkata bahawa ahli DAP Nga Kor Ming dan ahli-ahli Pakatan yang lain tidak perlu bertindak balas terhadap kenyataan beliau jika tuntutan itu tidak benar."
Jika benar dia berkata sedemikian, bolehkah saya menamparnya kerana tidur dengan suami saya, dan dia tidak boleh bertindak balas, jika tuduhan ini tidak benar ?
Natalie Yap: Menyumpah orang lain sudah cukup buruk ... dan dia menyumpah keluarga lawannya! Benar-benar "berpendidikan tinggi"! ...Negara kita semakin hilang arah dengan adanya orang "Cina" sebegini!
Ong Lee Boon: DAP dan PKR sungguh berkuasa sehingga dapat mempengaruhi pegawai-pegawai China? MCA, lebih baik anda ‘tutup kedai’ selama 10 generasi.
Komen-komen ini diberikan oleh pembaca artikel “Heng’s ‘curse’ of exterminating Pakatan families angers Chinese community”.  - sumber

1 comment:

  1. moga laknat yang disumpahi jatuh keatas spesis ini ! ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa