KOMEN-KOMEN AMBO BERDASARKAN PENULISAN DARI KETUA PENERANGAN DHPP
SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN ISLAM
Kenyataan Encik Lim Kit Siang bahawa PAS perlu mengelakkan pertembungan tiga penjuru maka hanya patut menumpukan perhatian di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sesungguhnya adalah satu penghinaan kepada kebijakan mana-mana individu yang mendokong demokrasi.
# Nota…..Apakah saranan dari parti pembangkang lain dianggap ancaman?. Apakah kini PAS ISOLATE peranannya dari bersama parti pembangkan yg lain walaupun tanpa adanya KERJASAMA? Apakah CADANGAN/SARANAN merupakan satu penghinaan?
Selepas memutuskan hubungan dengan PAS, dia masih gah memberi nasihat kepada PAS mengenai apa yang perlu dilakukan.
# Nota……Sejak bila PARTI ISLAM SEMALAYSIA menolak sebarang nasihat dan saranan NASIHAT?....Soal guna atau tidak,itu bab lain!
Realitinya adalah hanya PAS dan UMNO yang boleh menarik perhatian majoriti umum. Jika ada kumpulan yang boleh menggantikan UMNO, maka ia pastinya PAS.
# Nota……..Realiti yg ditafsirkan dari sudut SUBJEKTIF BUKAN OBJEKTIF……..Penyataan yg seolah-olah PAS dengan MEGAH menobatkan DIRI sebagai PARTI UTAMA dengan menidakkan peranan parti-parti pembangkan yg lain, apakah itu satu penyataan yg bijak?
Apabila DAP memutuskan hubungan dengan PAS maka senario tersebut semakin menjadi kenyataan. Terima kasih kepada DAP. Maka kini wajib untuk PAS bertanding di semua kerusi bagi menggantikan UMNO.
# Nota…..”WAJIB” berdasarkan suasana atau berdasarkan HUKUM HAKAM? Jika berdasarkan suasana, DEMOKRASI telah lama membenarkan hal sebegitu terjadi tanpa perlu menggunakan DAP sebagai asas bertindak untuk bertanding dimana-mana yg PAS inginkan. Soalnya berpijak dibumi yg NYATA atau sekadar RETORIK?
Rakyat perlu menganjak pemikiran dari andaian bahawa jika wujud pertembungan tiga penjuru maka UMNOlah yang akan meraih kejayaan. Saya mohon berbeza dalam hal ini. Saya yakin sekiranya wujud pertembungan tiga penjuru maka kemenangan mutlak menjadi milik kita
# Nota…..Menganjak pemikiran yg MERDEKA adalah keperluan kepada seluruh RAKYAT. Kelebihan kepada UMNO jika ada 3 penjuru adalah berdasarkan REALITI dan sejarah yg lalu. Kemenangan yg dijangka MUTLAK adalah satu tanggapan dan pendapat yg HANYA berdasarkan MIMPI yg tidak berpijak di realiti yg ada kecualilah diLUBUK PAS,namun tiada yg MUSTAHIL JIKA ALLAH BERKEHEDAAKKAN begitu. Ditahap manusia….ianya kenyataan yg lucu!
DAP dan lain-lain boleh mengatakan kita bermimpi. Kita katakan kepada mereka bahawa setiap kejayaan bermula dengan mimpi.
# Nota……Mimpi dan Azam dua suasana yg berbeza. Mimpi yg dikejutkan dari tidur hanya mampu membawa cerita,itu pun kalua tidak NYANYUK!
Lebih bijak bagi DAP untuk menumpukan perhatian kepada agenda politik mereka daripada menyuruh PAS apa yang perlu dilakukan.
# Nota…Saranan yg agak bagus…..
Kami sentiasa menyokong PAS di dalam perjuangan parti ini untuk mewujudkan negara berkebajikan yang merangkumi pelaksanaan Syariah, mengutuk politik perkauman dan mentadbirkan pengagihan kekayaan negara secara adil bagi mewujudkan Malaysia yang harmoni.
# Nota……Mengutuk perkauman tetapi pekakkan telinga apabila DAP dikeji hina?
Apa yang dahulunya sebuah negara Malaysia yang indah kini telah menjadi hodoh dan tidak lagi boleh diperbaiki. Kita perlu menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman UMNO dan pemimpinnya. ISLAM adalah satu-satunya 'senjata' yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada UMNO.
# Nota….Penyataan yg tidak TAAT pada Ketua…Tidakkah Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa lebih baik berbuat baik dengan MUSUH (Musuh PAS sekian lama adalah UMNO,sayap UMNO PERKASA) daripada PENKIHIANAT(pada kefahaman ambo ianya adalah DAP dan AMANAH)
PAS mempunyai 'senjata' ini. Masyarakat tiada pilihan lain selain menyokong PAS dalam perjuangan untuk mewujudkan negara berkebajikan berasaskan Islam di mana prinsip berbuat baik dan beralih daripada yang tidak baik demi manfaat negara.
# Nota….Benar ISLAM itu adalah segala kerangka kepada keharmonian dan kesejahteraan namun ianya tidak MUTLAK milik PAS sahaja.
Masyarakat bukan Melayu pula perlu mencerminkan nilai-nilai agama mereka dengan nilai-nilai Islam dan memperkasakan diri mereka dalam mewujudkan Malaysia yang lebih baik di mana kita diangkat sebagai warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan agar Malaysia dapat diselamatkan. Hak dan kehendak setiap agama lain mesti dihormati tanpa perlunya bantah-membantah.
# NOTA…….Apa yg cuba digambarkan dengan maksud ayat berikut..” Masyarakat bukan Melayu pula perlu mencerminkan nilai-nilai agama mereka dengan nilai-nilai Islam……………….?”
Menyelamatkan Malaysia adalah tanggungjawab moral rakyat. Pilihan yang ada cukup terbuka dan terpulang kepada kita untuk menentukan sama ada UMNO atau PAS yang boleh membawa rasa damai untuk kita semua.
# Nota……..Apakah penawaran yg ada sekadar UMNO dan PAS?...Apakah PENAWARAN dan HAK untuk rakyat memilih dari UMNO dan PAS perlu dinafikan walhal UNDAN-Undang Malaysia memperakui parti-parti yg berdaftar dengan ROS?
Kami dalam PAS akan terus mengejar impian kami dengan penuh dedikasi dan percaya bahawa kemenangan muktamad adalah milik kita sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan oleh tuhan.
# Nota……..TUHAN mana yg dirujuk pada peringkat ini…….Tuhan berdasarkan UGAMA yg BALA anuti atau ALLAH YANG ESA bagi MUSLIM? Muktamad dan KETENTUAN adalah bercangah antara satu sama lain maksudnya!
Dr Balachandran G Krishnan
Ketua Penerangan
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Malaysia
8 Muharram 1437H / 21 Oktober 2015
# Nota…..APAKAH profession yg sebenarnya BALACHANDRAN G KRISHNAN? Seorang Dr Perubatankah atau seorang yg memakai GELARAN Dr persuratan, mungkin saja suka-suka guna gelaran Dr……..mohon pencerahan!
NYAMUK MENGGIGIT
Kalau mcm tu..elok la AMANAH letak calon di semua kerusi PAS yg tidak ditandingi DAP PKR. Asal PAS +UMNO...AMANAH masuk... baru meriah
ReplyDeletekawe setuju pendapat demo guu...
ReplyDeleteamanah lawan hamPAS
bagi geng2 ustaz takbur dan riak ni sedar sikit