Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 20, 2015

Sebuah parti Islam diketuai seorang manusia yang sakit?

MONDAY, OCTOBER 19, 2015

Tidak benar dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa AMANAH adakah haram


Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH di Malaysia adalah tidak perlu.

Menurut Hj Hadi, al-Qaradhawi memfatwakan :

Tidak wajar tubuh parti baru yang berpaksikan Islam kerana sudah ada PAS

Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut.

Siapa yang bercakap benar? Siapa yang berbohong? Mana mungkin seorang ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah sendiri. Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang membohong .....
Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober 2015

1. Saya telah mengetuai misi  Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa . 

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah. 

3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah. 

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.   

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi.  

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia. 

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya. 

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya.  

Salahuddin Hj Ayub 
Timbalan Presiden Amanah 
Kuala Lumpur 
19hb Oktober , 2015

- sumber

20 comments:

  1. Tak sah la hadi awang kalau tak belit,kona,u turn..

    ReplyDelete
  2. Siapa sebenarnya yang sakit?

    TGHH atau kamu yg sakit Otak?

    ReplyDelete
  3. Jangan lah pilih yang memudharat kan

    SOTONG tak sesuai

    Mat Sabu lebih bijak dalam perkembangan Islam ke Bukan Islam

    Yang tangkap SOTONG tu pon tak se berapa hasilnya

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  4. spt fitnah yg lepas2, hadi buat tuduhan tanpa sebarang bukti pun! ada ke video Syeikh Qardhawi kata cam tu?

    lg pun syeikh Qardhawi tau ke yg hadi dan haron sokong najib yg dpt derma rm2.6bilion? bgmn seorg yg mengaku ulamak boleh menyokong penguasa zalim?

    ReplyDelete
  5. ISTIQAMAHLAH DENGAN PIMPINAN ULAMA'. JANGAN SESEKALI GADAIKAN MARUAH DAN PRINSIP PERJUANGAN DEMI PUTRAJAYA. INGAT! JANGAN JADI KUDA TUNGGANGAN DAP.

    WASSALAM

    ReplyDelete
  6. TERUSKAN PERJUANGAN DENGAN GOLONGAN ULAMA' JANGAN JADI KUDA TUNGGANGAN DAP DAN PKR.

    WASSALAM

    ReplyDelete
  7. Berhentilah memusuhi sesama Islam hanya kerana wala' kepada seorang pemimpin yang sakit!

    ReplyDelete
  8. Nasib gak Hadi kate Yusuf Qardhowi hubungi dia bagitau 'haram ade parti Islam lain selain PAS'. Buatnye Hadi kate dia mimpi jumpe nabi bagitau 'haram ade parti Islam lain selain PAS'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...maka dgn sepantas kilat para walaun semua akn percaya tanpa ragu2 la tuan jawab nye..

      Delete
    2. Doh @ 1.58pm kate gitu. Tak jadi nak mimpi lah. Ajat tu nak mimpi malang jumaat nih. Isi mimpi tu lebih korang macang tu la.

      Delete
  9. Kapal hijau dah sarat. Kita naik kapal baru. Dintinasi sama. Kaedah berkayuh lain. Kapal oren lebih bersemangat.

    ReplyDelete
  10. anon 12:36 tu elok baca cerita org2 yahudi cuba curi jasad Rasulullah saw.

    kesimpulan cerita ialah JANGAN PERCAYA DGN ORG YG NAMPAK 'ALIM!!!

    ReplyDelete
  11. OoOoOOoOooOOooOooiiiii ahmad yakob...

    mu dah kemas barang2 ke? dah tinggal 70 hari je jadi mb kelantang...

    hudud tak laksana juga...

    ReplyDelete
  12. Sayangnye bila gol profe. AMAnah je yg gi. Mana ulama mereka. Nanti lg kuat spin bekas2 penjawat pos tinggi.

    ReplyDelete
  13. Hadi ulamak takfiri tidak pernah istiqomah ngan pegangannya. 1981 mefatwa umno kapir....makan sembelihan cam kedarah bangkai....solat akad nikah tidak sah di laksanakan oleh org umno....ditakdirkan makhluk suci ni dinobatkan jadi mb trgganu semua fatwa 100% berubah.....xdakpun buat majlis mengucap semula oleh imam2 umno.....hadi mengerahkan walaun2 bodoh ni pi solat berimankan imam2 umno.....

    BULEH CAYA KA SPESIS MAKHLUK CAM HADI NI.

    ReplyDelete
  14. Setuju sangat. Dua2 Islam. PAS tidak tunduk pd DAP kerana hudud. AMANAH tunduk kpd DAP kerana jaga hati DAP lantas hudud bukan keutamaan.

    ReplyDelete
  15. Yg sakit sangat ialah admin. Sebab terlalu rajin baca Quran x sama dgn kbanyakn ulama yg tahu bercakap tp x pandai Quran.

    ReplyDelete
  16. Anon 3:38 PM

    Kalau otak kat siku dan lutut dinasihatkan toksah dok merapu kat sini...ok?

    ReplyDelete
  17. Admin tkmu lyan puak sakit ni..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa