LEMAH - INI GAMBAR SEBENAR PAS DI KELANTAN
~~ Bangkai Gajah cuba ditutup dengan Fastaqim, tapi Bau hanya dihidu Rakyat Kelantan
* Sambutan 25 Tahun PAS memerintah Kelantan suram, Inilah Natijah "silent protest" dari Rakyat Kelantan yang celik politik sejak berzaman.
* Keajaipan kehadiran semalam telah menutup "Kejayaan Fastaqim", Jelas sekarang Fastaqim Kerahan PAS seluruh Negara.
* Amat berbeza pada Zaman TGNA, penuh satu Stadium majoriti rakyat Kelantan sahaja apabila diadakan Himpunan dan Munajat Royalti pada 28 Januari 2010 lalu.
==========================
ISU YANG MENYEBABKAN RAKYAT PROTES
1. Lebuhraya Rakyat ding dong, dan akhirnya bagi kepada Pusat selepas balak digondoli.
2. Stadium Bukit Merbau apa status rakyat tertanya tanya?
3. Tanah Balak diberi kepada syarikat swasta 20,000 ekar dengan harga RM1,370 seekar, lebih mahal sebiji smartphone dr balak seekar.
4. Syarikat sawit asalnya untung jadi rugi hingga terpaksa dijual? Dimana berdaya maju dilaungkan?
5. Bandar Baru Dabong Terbengkalai? duit 50 Juta dijanjikan entah kemana?
6. Banjir - Pengurusan Banjir lemah dan kini 365 buah sahaja rumah banjir disiapkan drpd 2,600 buah, 14%. Kini banjir hampir tiba lagi.
7. Rumah mampu milik tidak dibentangkan?
8. CAS KETING - Pecat mereka2 yang terbukti berjaya dan cerdik pandai yang tidak sebulu dengan Kerajaan sekarang seperti Regim Umno/Bn buat
9. Royalti tidak nampak kesungguhan dalam menuntut hak hasil bumi Kelantan
10. Pendaratan Gas ke Bachok tidak tuntut, walaupun Sultan sudah titahkan.
11. YIK - Gaji-gaji guru Yik yang dipotong untuk bayar hutang, tetapi tidak dibayar kepada Agensi pemiutang. Hingga boleh sebabkan "blacklist".
12. Hobi berkereta mewah pimpinan Kelantan dan suka melancong ke luar Negara, w/pun keadaan kewangan Negeri tenat.
13. Tiada kejayaan Besar yang boleh dibanggakan selepas pemergian arwah TGNA. Hanya Juara Slogan.
14. Pimpinan "Agah"! Bila rakyat menegur terus dilabel, siapa yang lawan arus terus dipanggil pengkhianat dll. Akhirnya rakyat bosan.
15. Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2, nampaknya hanya gembar gembur masa Muktamar, kini kesungguhan untuk Bentang di Parlimen juga tidak diketahui statusnya.
~ Saya berdoa Kerajaan Sekarang dapat selesaikan isu diatas, insyaAllah sokongan rakyat akan pulih.
Tapi mampukah? Selepas 6 Mei 2013 hingga kini 21 Ogos 2015, tempoh 2 tahun lebih sudah berlalu?
Bagi saya, kini rakyat Kelantan seluruh Negara kena BERANI menegur Kerajaan Sekarang, jika kita tidak mahu tewas dengan UMNO/BN seperti Kedah dan Terengganu pd PRU. Kerana ada timeframe 2 tahun lagi sebelum PRU14.
==========================
FASTAQIM hanya Kerahan Seluruh Malaysia, dengan semua lantikan politik dikerah, bas disediakan dll.
~ Seperti yang saya tulis sebelum ini;
Kehadiran yang dibangakan dengan 60,000 dibandingkan dengan 906,282 orang PENGUNDI BERDAFTAR, ia hanya 6.6% daripada jumlah pengundi di Kelantan mengikut daftar Pemilih yang berakhir November 2012, belum dimasukkan tahun 2013 lagi.
* Jumlah Hadir Fastaqim: 60,000
* Jumlah Pengundi Berdaftar: 906,282
Itu belum ditolak yang datang dari Luar Kelantan, yang memenuhi separuh Stadium yang hadir dan yang belum boleh mengundi.
Bermakna tidak sampai separuh, dan mungkin lebih rendah 3.3% sahaja yang mewakili orang Politik Pas Kelantan jika dibandingkan dengan jumlah pengundi di Kelantan.
Bagi saya, PAS sepatutnya berhenti daripada menunding jari kepada orang ramai dan parti-parti lain, UTAMAKAN KEBAJIKAN MANGSA BANJIR dan selesaikan ISU-ISU KELEMAHAN PENTADBIRAN yang menjadi tangungjawab kamu lebih penting daripada segalanya, kerana kamu Parti Memerintah Kelantan.
Andaikata tidak mampu DAN signal semalam cukup jelas "silent protest" daripada rakyat.
==========================
Maka saya syorkan Kabinet PAS Kelantan sekarang LETAK JAWATAN, tukar muka baru, ada 22 orang lagi ADUN yang boleh menjawat Jawatan MB, TMB, EXCO-EXCO sempena Sidang DUN Kelantan 2 November 2015 nanti.
==========================
Contohilah Jepun, bertangungjawab dan berundur dengan baik sebelum anda dikenali KABINET ZAMAN TEWAS dalam Lipatan Sejarah Kelantan.
Sayangkan Kelantan, Mahukan PERUBAHAN. UBAH!
- Aiman rafiq
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa