Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 19, 2015

Adakah Qardhawi mendapat maklumat yang tepat?

Siapa yang beliau temui dan siapa yang memberikan maklumat?
Adakah maklumat itu tepat dan boleh dipercayaai?

Qardhawi tolak wujud dua parti Islam di Malaysia
Posted on Monday, October 19 @ 16:47:32 MYT by paktam
Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Qardhawi menjelaskan tidak perlu diwujudkan sebuah lagi parti berorientasikan Islam di Malaysia.Naib pengerusi badan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

“Alasannya kerana di Malaysia sudah ada PAS. Jadi beliau kata tidak wajar tubuh parti baru yang juga berpaksikan Islam,” katanya ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di Kampug Morak malam tadi.


Wisma tersebut setinggi dua tingkat akan menempatkan pejabat Majlis Tindakan Dun Pasir Pekan dan markas tarbiah. Ia baru siap dibina membabitkan kos kira-kira RM800,000.


Perletakan batu asas dilakukan bekas Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2013.


Hadir sama pada program berkenaan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah, Pesuruhjaya PAS Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS N Bala Subramanian.


Selain itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.


Pada program itu juga Ustaz Ahmad yang Menteri Besar menyerah 1,000 borang permohonan menyertai PAS kepada Presiden.


Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata beliau diminta Dr Yusof Qardhawi hadir pada persidangan Islam di Turki baru-baru ini bagi menjelaskan situasi yang berlaku di Malaysia sekarang.


Dr Harun pula menjelaskan Majlis Syura Ulama akan terus mempertahankan dasar PAS sampai bila-bila.


“Kita buat kerja dan kemenangan adalah hak Allah Taala untuk memberinya selepas kita bekerja memenangkan perjuangan Islam.


“Kita tidak mahu kemenangan diraih tanpa mendapat keredhaan Allah Taala,” ujarnya.


Bala Subramanian berkata PAS tidak pernah meminggirkan orang bukan Islam dan situasi seperti itu tidak berlaku dalam Barisan Nasional.  - sumber

7 comments:

  1. as salam Pak Din.

    Ooh kot yer pun syeikh al fadhil Dr. Yusuf Qardhawi kata macam tu - takyah ada 2 parti Islam di M'sia - KENAPA lak TGHH, geng ustaz beriya sangat nak jugak buat pollemik isu hudud bila mana prasyarat ke arah pelaksanaan undang-2 Islam, masih belum dipenuhi & dibuat oleh PAS dalam masyarakat kita? Tak ke menipu namanya tu?

    Semua ni nak cover kelemahan kepimpinan ulamak PAS sejak dulu "sembang aje lebih" & terus bergayut di pucuk kuasa !

    ReplyDelete
  2. Dr yusof qardawi pun manusia biasa, kata2 dan pendapatnya bukanlah macam sabda nabi yg perlu kita ikut , Allah bg kita akal utk kita fikir mana yg baik atau buruk.

    ReplyDelete
  3. Admin, mereka rapat seperti isi dengan kuku, aur dengan tebing dan presiden dengan timbalannya, apa yang boleh meletakkan PAS terkeluar dari landasan perjuangan Islam?

    Salah ke PAS meragui kafir DAP yang terang dan jelas terencatnya akhlak?, adakah PAS menyeleweng dari Islam apabila memutuskan perhubungan dengan DAP yang jelas menolak Islam?, adakah PAN memperjuangkan apa yang PAS perjuangkan?

    Apakah yang harus PAN perjelaskan perjuangan mereka kepada Qardawi? Islam progresif?

    Sudah2 lah admin, memang betul apa yang Qardawi ucapkan. Terima saja lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau DAP tolak islam,peruntukkan utk agama islam pulau pinang makin tahun makin tinggi sampai 60juta setahun tu apa?
      BN tak pernah bg peruntukkan utk SAR di pulau pinang dimana peruntukkan utk SAR diberi oleh kerajaan DAP tu tanda menolak islam kah?
      Yg DAP tolak adalah hadi awang memandai tanpa berbincang dgn pakatan rakyat utk bawa RUU pindaan yg bukan hudud ke parlimen dimana hadi sendiri ponteng semasa perbentangan ruu tersebut.
      Sehinggakan pada masa itu pas pusat pun tak pernah tau psl ruu yg hadi nak bawa tu.
      Belajar dengan fakta,bukan auta.
      Tuhan beri akal,gunakanlah akal utk befikir..

      Delete
  4. tanya sama itu hud hud

    Saya rasa tak ada gunanya berbahas dengan manusia yang serba tahu tapi otak letak di siku. Bagai isi dengan kuku pun dia tahu dan baginya sesiapa saja yang mereka gelarkan Ulama itu tidak akan ada cacat celanya. Mereka lupa yang Nabi pun Allah tegur juga.

    Satu lagi apa masalahnya dengan DAP berkaitan dengan dua parti?

    Bagi saya Hadi sakit. Cuba imbas balik apa yang berlaku dan apa tindakannya selepas dia jatuh sakit di Turki? Dia tidak pernah konsisten dengan apa dicakapkan dan apa yang dia buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tuan,
      Cuma sy meluat dgn geng walaun yg sering mengeluarkan pendapat yg menipu siap dgn ayat berbunga2 seolah terpelajar tp mcm kata tuan,otak letak disiku

      Delete
  5. Adi Awang ini katanya telah disihir oleh "Sami Hindu" dari India yang dibawa khas oleh Rosmah. Nak percaya atau tidak, kamu semua risiklah sendiri dengan orang yang paling rapat dengan Putrajaya. Kalau tidak tak kan boleh beliau membela ikan jerung di kediamannya.

    Ingat Rasulullah pun pernah kena sihir oleh Yahudi hingga membawa kepada kesan kewafatan baginda, ini pula Adi Awang yang kerap melanggar hukum karma Islam yang sering mengkafirkan umat Muhammad SAW. Fikirkan lah, jangan taksub macam hidup dirantai agama sedangkan Islam itu bermaksud "Cara Hidup" dan bukannya "Cara nak Mati". Sekian

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa