Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 20, 2015

Menyampah betul aku dengan mamat ni, masih percayakan PAS?

PAS akan sokong undi tidak percaya Pakatan Harapan, kata Azmin
Published: 20 October 2015 6:44 PM
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali enggan mendedahkan siapa wakil daripada PAS yang bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan perkara berkaitan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.

PKR hari ini mengesahkan PAS sudah menyatakan persetujuan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang akan dibawa Pakatan Harapan pada sidang Dewan Rakyat sesi ini.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali enggan mendedahkan siapa wakil daripada PAS yang bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan usaha tersebut.
"Atas dasar semangat bersama, kita bersetuju untuk membentangkan usul tersebut, namun kita akan menentukan masa dan prosesnya tidak lama lagi," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pengesahan Azmin itu selari dengan kenyataan Dr Wan Azizah sebelum itu yang mengakui PAS turut bersama dengan Pakatan Harapan menyokong usul tidak percaya terhadap Najib itu. – 20 Oktober, 2015.

3 comments:

  1. Mamat ni ada agenda peribadi...tu yg mcm tu. Tunggulah PRU 14 ni..

    ReplyDelete
  2. Macamana nak sempat utk usul...asyik bertelagah ja sesama sendiri. Nampak sangat tak fikirkan masalah rakyat. Yg mereka fikirkan..kedudukkan mereka saja. Apa punya pemimpin la....yg nak diharapkan. Peluang dah ada...masa yg mmg cukup utk membolehkan usul diterima...dihabiskan utk bertekak dan mengkondem sesama sendiri dan sesama pembangkang. Tak bodoh ka namanya.

    ReplyDelete
  3. Mamat ni jadi MB dari tingkap woi !

    Pemimpin Pas panjat tingkap bawa mamat ni.


    Kah Kah Kah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa