Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 20, 2015

Korang faham apa maknanya nih?

Link: Al-Qardawi tidak pernah haramkan Amanah

Maka salahkah apa yang aku kata dalam N3 aku sebelum ni?

Hadi dakwa Yusuf Qaradawi kata haram tubuh Amanah, Salahuddin bantah 
Published: 20 October 2015 8:35 AM
Pesiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa tokoh Islam Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015. 

Susulan misi antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki minggu lalu, satu pertentangan pendapat timbul berhubung kewujudan 2 parti Islam di negara ini berdasarkan pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Pesiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.
Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.
"Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.
Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.
Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.
Salahuddin berkata, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof baru saja berjumpa Yusuf di Doha pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul, dan tidak berbangkit langsung perkara itu.
"Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain PAS.
"Bahkan kami berbincang perkara prinsip tentang kejelasan fikrah Islam, kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal Isis (Negara Islam Iraq dan Syria) atau seumpamanya.
"Lalu Yusuf menyokong usaha untuk membetulkan salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam," kata Salahuddin yang baru pulang daripada misi itu, yang bertujuan memperkenalkan Amanah di peringkat antarabangsa, khususnya kepada gerakan Islam.
Misi itu berlangsung dari 13 hingga 18 Oktober dengan delegasi Amanah turut disertai Timbalan Penasihat Umum Abd Ghani Shamsuddin, yang juga ahli pemegang amanah kesatuan ulama dunia itu, dan Bendahari Amanah Asmuni Awi.
Dalam misi itu, mereka turut bertemu dengan setiausaha agung kesatuan ulama itu, Prof Dr Ali Alqaradaghi di Doha pada 13 Oktober.
"Perbincangan antara Amanah dan Ali berlangsung dalam keadaan mesra dan penuh dengan semangat ukhuwah.
"Langkah awal ini sangat penting untuk Amanah terus maju ke depan mendepani cabaran diplomatik antarabangsa," kata Salahuddin.
Bagaimanapun, pemerhati politik melihat kenyataan Hadi itu bercanggah dengan pandangan Yusuf sendiri yang sebelum ini pernah menyatakan hukumnya tidak sebegitu.
Menurut Yusuf dalam kitabnya, fatwa mendakwa kumpulannya saja yang Islam dan kumpulan ditubuhkan selepasnya terbubar merupakan pintu kejahatan dan merosakkan agama.
Sebelum ini, ketika para pemimpin Amanah masih berada dalam PAS, Hadi dalam satu ucapannya di Batu Pahat, Johor meminta mereka meninggalkan PAS.
"Jika mahu jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi imam sendiri," katanya ketika membuat ucapan penggulungan di muktamar tahunan PAS tahun lepas. – 20 Oktober, 2015. - sumber

9 comments:

  1. Cukup cukuplah mengguna agama utk mendapat habuan politik. Rakyat perlu wakil rakyat berjuang menghapuskan kezaliman, menggarap ilmu agama yg syumul, bukan menjual agama utk kepentingan politik dan kuasa.

    ReplyDelete
  2. Satu pertunjuk kpd semua kenapa perlu ada alternatif selain dr parti Agama melayu.(Parti perkauman) Bukan saja berkaum dalam kebangsaan, malah berkaum dalam klas klas ulamak dan professional.

    ReplyDelete
  3. Parah Tuang Presideng!! Habis jahanam reputasi PAS...

    ReplyDelete
  4. Hadi

    Ada lagi orang percaya cakap si Hadi ini???

    Bodoh sangat kah orang orang Melayu kita???

    Ambo pening doh!!!!

    ReplyDelete
  5. hadi yg kata, bukan Qardhawi yg kata. bila hadi tuduh Qardhawi kata, hadi sepatutnya bawa bukti video, kenyataan dr seswg Ketua Ulama tu ataupung bw saksi yg pernah dgr sendiri fatwa tsb.

    kalau gagal, hadi tlh memfitnah ketua ulama dunia.

    dr kenyataan YB Salahuddin Ayub, tak ada kenyataan yg Syeikh Qardhawi ludah muka YB Mujahid bila mrk bertemu baru2 ini. jadi ulama tersohor tu sahih menerima penubuhan Amanah.

    kesimpulan:

    HADI TELAH MEMFITNAH KETUA ULAMA SEDUNIA DENGAN MEMBUAT KENYATAAN KETUA ULAMA SEDUNIA ITU TELAH MENGHARAMKAN PARTI AMANAH NEGARA.

    ReplyDelete
  6. Siapa yg BERBOHONG.......Pas atau Amanah.......... atau Al Qardhawi ??????

    ReplyDelete
  7. Muka Hadi Awang ni kalau dilihat betul-betul bukan lagi macam Syaitan bertopengkan Manusia, malah dah sebiji macam Syaitan Original (pernah jumpa setan).

    ReplyDelete
  8. Sudah2 la tu..rakyat kini sengsara dgn tekanan hidup yg melampau..pemimpin2 sapu rakyat kena tanggung..korang masih ada masa buat2 cerita mcm ni..Hadi..kamu sbg mp kami x dengar kamu bahaskan ttg kemelaratan rakyat..x nmpak lgsg berbaloi ngan elaun yg rakyat tanggung..2x5 ngan mp umngok!

    ReplyDelete
  9. Rakyat sedang sebok berperang dengan kemelut kenaikan pelbagai yang hadi ini sebok mengharam itu dan ini adakah hadi mahu jadi sebok dalam parlemen untuk bertanyakan sesuatu bagi rakyat yang memilah dia fikirlah sendiri bila tiba PRU14 nanti untuk melantik dia sebagai MP mewakili kita.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa