TOL: RESPON KEPADA USTAZ ZAHARUDDIN MUHAMMAD (menantu TGHH) - JANGAN BERTEORI LEBIH.
Oleh: Syam Ghaz
Realitinya di Kelantan:
1. Lebuhraya di Kelantan sudah ada Kontraktor dari Korea, batalkan, kemudian bagi pada syarikat lain yang tidak mampu. Akhirnya kena saman RM230 juta dan tidak mampu dilaksanakan dan serah pada Pusat. - Lemah dan tidak reti cari duit.
2. Tanah - realitinya tanah untuk R&R Lebuhraya di Ulu Sat hanya 20 ekar shja, tapi jadi 3x ganda luas daripada asal sbb Sykt GLC dan Sykt Balak baham tanah Hutan Simpan Ulu, untuk ambil balak. Akhirnya 1 orang pegawai kanan GLC tersebut dan 8 orang Staf Jabatan Perhutanan Kelantan ditahan SPRM.
3. Hasil bumi - Balak, Kerajaan Kelantan melalui GLC boleh bagi kontrak selama 10 tahun kepada sebuah syarikat dengan kouta pembalakan 2,000 ekar/tahun, bermakna 20,000 ekar hutan Kelantan cuma dibayar RM1,370 seekar, handphone seunit lebih mahal daripada balak seekar, boleh nilai sendiri mcmna pengurusan Kewangan di Kelantan. Habis sumber biodiversiti, herba, flora fauna, lebah dan haiwan disondol.
4. Tol - Zaman arwah TGNA dan Husam Musa, mmg kerajaan janji untuk bina Lebuhraya Tanpa Tol, tapi disindirnya oleh rakan-rakan sekapal dengan kamu. Akhirnya beliau disingkirkan dan kini pasukan kamu yang menguruskan, bukan sahaja tidak mampu buat, duit pun tiada dan disaman pula lagi. Jik sudah serah kepada Pusat, kita tidak pasti akan ada atau tidak TOL di Lebuhraya Kelantan, kerana semua yang dibina Kerajaan Pusat dengan Kontraktor kebanyakannya ada TOL.
Nasihat saya, kamu usahlah kamu pandai berteori shja, PAS sudah memerintah Negeri, tunjukan PAS mampu buat Lebuhraya bukan serah sahaja kepada Pusat selepas balak digondoli.
Baca tulisan beliau.
=============================
TOL NAIK: BAGAIMANA ISLAM SELESAIKANNYA?
Oleh: Zaharudin Muhammad.
Presiden Gerakan Selamatkan Ekonomi Malaysia (GESA).
Dalam dua tulisan saya yang lampau, saya telah menulis tentang bagaimana ekonomi Islam meletakkan target mengsifarkan kos perjalanan. Ia bukan sahaja ekonomi di dalam syariat nabi kita Muhammad saw, tetapi juga syariat nabi-nabi terdahulu. Fakta ini menunjukkan bahawa ia perkara penting justeru pensyaritannya tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. (Untuk maklumat lanjut, sila baca 2 link di bawah).
Apa yang lebih zalim pada hari ini, tanah rakyat digunakan untuk membuat lebuhraya, wang rakyat dijadikan modal kemudian rakyat juga yang kena bayar akhirnya? Persoalan, siapa untung dan siapa rugi? Apa kerja kerajaan yagn dilantik oleh rakyat?
Bagaimana tanah rakyat diambil? Sama ada namanya tanah kerajaan di mana dari perspektif Islam ia adalah milik rakyat dan kerajaan sebagai pengurus. Jika ia tanah milik orang ramai, kebanyakan yang berlaku ialah golongan negotiator (perunding) dan orang tengah yang akan makan banyak, harga yagn dibayar oleh pemunya tanah lebih rendah daripada harga yagn diterima daripada syarikat konsesi / pemaju-pemaju lebuhraya.
Bagaimana wang rakyat dijadikan modal? Ia melalui wang cukai dan hasilan bumi seperti hasil petronas dan seumpamanya. PLUS sebagai contoh, di mana sebahagian pemegang sahamnya adalah Khazanah. Sumber khazanah adalah daripada dana kerajaan, sumber cukai dan sumber petronas yang dipam dan berikan pinjam kepada pemaju lebuhraya dalam bentuk pinjaman dana (sukuk / bon).
Siapa yang untung? Yang paling untung ialah syarikat-syarikat konsesi dan pemegang-pemegang saham serta syarikat-syarikat yang diberikan kontrak pengurusan dan mantainance lebuhraya.
Siapa rugi? sudah tentu rakyat, wang mereka tanah mereka digunakan oleh 1% rakyat yang berkuasa, akhirnya mereka pula kena bayar.
Bagaimana penyelesaian? Kembali kepada Islam. Jika islam berkuasa, maka dasar monopoli (دولة بين الأغنياء) adalah sesuatu yang sangat ditentang oleh dasar ekonomi Islam. Justeru itu, 1 golongan daripada 8 golongan pemanfaat hasilan cukai dan 1 golongan daripada 6 golongan pemanfaat hasil bumi adalah untuk sifarkan kos perjalanan.
Maka, jika terbukti kerajaan telah mengambil hak rakyat ini, perundangan islam akan membatalkannya dengan pembatalah 'fasakh'. Dengan kata lain, jika terbukti ia mengambil hak rakyat, maka semua tol akan dibatalkan dengan cara tidak mengzalimi dan tidak dizalimi. Maksud tidak mengzalimi ialah semua syarikat konsesi akan dibayar semula wang mereka yang actual cost tanpa mengira projection income. Maksud tidak dizalimi ialah, pembatalan itu tidak merugikan kerajaan dan rakyat.
Penguatkuasaan pencegahan berlakunya monopoli dan pengambilan harta orang ramai termasuk di dalam kategori hukum takzir. Maka sangat malang jika orang berkata: laksanakan Islam setelah ekonomi stabil, sedangkan kita faham di atas bahawa hak rakyat dan hak orang ramai serta hak individu pemegang saham dan konsesi tidak akan dapat dibela melainkan dengan undang-undang ini.
Jom kembali kepada Islam, "Ke Arah Rakyat Malaysia Yang Lebih Bebas".
Sekian.
Sila rujuk tulisan saya yang lepas:
1. Kenapa Kita Menentang Kenaikan Minyak?
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=849572875073149&id=312456128784829
2. Sifarkan kos perjalan?
https://www.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784829/publishing_tools/
Share & Like Jika anda ingin sokong dan sebarkan sistem Islam:
https://www.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784829/
Islam mahu kan yang bijak dan ber pengalaman matang jadi pemimpin melalui teladan
ReplyDeleteTapi kalau dah budak bahalol jadi pemimpin , macam mana boleh maju
Kepala Otak !!!!!!!!
Dia dikenali sebab dan entot anak hadi, kalau tak entah sapa2lah dia ni.
ReplyDeletekah kah kah
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteMenantu ayah ping marang ni perasan bijak dan tak sedar bahawasanya dia ini hanyalah manusia koya yang menumpang tok mertua sahaja.Mung dok diam diam la din ayam....sedar diri sikit.
MEMBALAK BERSAMA ULARMAK.
din ayam...mung siku dan lutut tak ade yea...
DeleteSementara belum pegang tampok pemerintahan Persekutuan bolehla cerita lebih-lebih. Terengganu sepenggal je- haru biru, Kedah pun sama juga, sekarang anai-anai makan balak di Kelantan. Bru sikit je Allah s.w.t. bagi rasa kuasa, macam-macam hal berlaku sama macam ameno jugak.
ReplyDelete