Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 20, 2015

Bala orang KL

LRT, monorel, Rapid KL naik hingga 70%?
DI KUALA LUMPUR - 19 OCT 2015

Penyelarasan tambang baru LRT, Monorel dan serta Bas Rapid yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja dijangka membabitkan kenaikan antara 30 peratus sehingga 70 peratus.
Sumber memberitahu MalaysiaGazette penyelarasan tambang baru itu melibatkan 'ada yang naik, ada yang kekal dan ada pihak yang mendapat faedah'.
"Penyelarasan tambang baru bukan menjurus kepada kenaikan (tambang) semata-mata tetapi turut menawarkan faedah kepada pengguna.
"Ini kerana Prasarana turut memikul tanggungjawab untuk meningkatkan taraf kemudahan itu, selain memenuhi unjuran kerajaan meningkatkan jumlah penggunaan kemudahan awam," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Azmi Abdul Aziz baru-baru ini mengakui syarikat itu masih lagi dalam proses menyemak penyelarasan tambang baru kemudahan pengangkutan di bawah kendaliannnya.
Jumlah pelanggan Prasarana sudah pun melepasi 600,000 orang pengguna sehari tetapi angka itu dijangka melonjak sehingga 1 juta sehari pada pertengahan November ini.
Sebelum ini, Azmi memberitahu, semakan harga itu terpaksa dilakukan berikutan kenaikan kos penyelengaraan dan tarif elektrik. - MalaysiaGazette

4 comments:

  1. Good.
    .good...good...
    tahniah untuk semua

    ReplyDelete
  2. bagus gwa setuju.....padan muka ku...heheheh

    ReplyDelete
  3. bagus gwa setuju.....padan muka ku...heheheh

    ReplyDelete
  4. Kalau tak naik macam mana nak bayar BOSS SONGKOK TINGGI tu pon....

    Bodoh saja....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa