Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 21, 2015

Adakah mereka juga terfikir begini

TPPA: Fikirkan kedaulatan jangan untung sahaja - Ku Li
OLEH RADZUAN HASSAN DI PARLIMEN - 20 OCT 2015

"Kita boleh untung seringgit dua hari ini tetapi kena fikir kesan terhadap kedaulatan negara?"
Itu pendapat Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai perlaksanaan TPPA di negara ini.
Menurutnya, sebelum diluluskan, soal kedaulatan negara perlu diberi keutamaan selain soal ekonomi, sosial dan politik yang terlibat.
"Apakah kita mahu mengizinkan orang lain campur tangan dalam soal baik daripada segi polisi, undang-undang," jelas veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.
Mengenai harapannya kepada Bajet 2016, bekas Menteri Kewangan itu mahu kerajaan membantu mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah terutama dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh pada masa ini.
"Sejauhmanakah kejatuhan nilai ringgit beri kesan kepada rakyat bergantung kepada tindak tanduk kerajaan.
"Saya percaya kerajaan sedar atas keyakinan pelabur sama ada luar atau dalam dan rakyat sendiri terhadap dasar-dasar..kalau diperbetulkan itu boleh diringankan sikit beban terutama kepada rakyat berpendapatan rendah," jelasnya.-- MalaysiaGazette

3 comments:

  1. Barisan pemimpin kerajaan persekutuan yang ada pada ketika ini sudahlah bodoh, malahan dikuasai nafsu iblis pula. Mana mampu berfikir untuk kesejahteraan rakyat, apatah lagi kedaulatan negara? Itu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan komen orang bodoh saja. Berilah cadangan yg bernas.

      Delete
  2. TPPA ini bagus sebenar nya

    Mudah tuk Global kan bangsa bumiputera

    MP Gua Musang tak sedar sebab hidup dalam GUA MEWAH

    Bila Melayu Melayu sudah kena VSS dan nganggor baru boleh cari kerja di Indonesia , Myanmar dan Vietnam...

    Tahniah Kabinet Mat Bahalol kita nih!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa