Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 20, 2015

Benarkah PAS itu Islam dan Islam itu PAS?

Sepanjang yang aku faham Perlembagaan PAS berdasar Islam tapi kalau diandaikan PAS adalah sebuah bas, bagaimana pula cara pemanduan drebarnya?

Kalau PAS betul, kenapa ada yang keluar?
Posted on Tuesday, October 20 @ 15:15:24 MYT by paktam
Artikel
Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR

GEMA laungan takbir daripada lebih 100 ribu hadirin Himpunan Fastaqim H60K menggegarkan Stadium Sultan Muhammad, Kota Baru. Lautan manusia hijau memenuhi setiap pelusuk ruang Stadium, suasana ini menggamit kenangan ketika himpunan pertama di Stadium yang sama, selepas PAS menang di Negeri Kelantan.

Ketika itu saya masih lagi belajar di Pondok, sanggup merentas ratusan batu dengan menaiki motorsikal lampu bulat seorang diri, dek semangat yang sangat membara untuk bersama menjayakan perhimpunan tersebut.

Masa tu duit cukup-cukup je, kalau tak silap saya cuma ada RM20. Masa tu minyak masih murah, perjalanan dari Terengganu ke Kelantan minyaknya hanya habis sekitar RM10 sahaja, yang selebihnya buat makan, namun seronoknya terasa hingga sekarang. 

Berada dalam PAS yang dipenuhi dengan program Tarbiyyah sangat mendidik dan membentuk jiwa agar sentiasa sedia berkorban demi Islam, sama ada dalam keadaan susah dan senang, kedua situasi tersebut tidak pernah menjadi penghalang untuk menjadi penolong kepada agama Allah SWT.

Himpunan FASTAQIM kali ini saya hadir lagi bersama keluarga, bersesak-sesak seramai 16 orang dalam sebuah MPV, membelah jalan raya dan lebuh raya untuk sampai ke Kota Baru, anak-anak begitu teruja melihat lautan manusia, jarang-jarang mereka tidak tidur sebelum jam 11.00 malam.

Namun di himpunan FASTAQIM tiada seorang pun yang tidur termasuklah yang paling kecil, gembira sangat dia tengok orang ramai, dah lah tu terpaksa pula berjalan kaki sejauh 1.6 KM, kerana kami tinggal di Homestay Pelangi Mall, berderet kami anak beranak menapak pergi dan balik, penat tapi sangat berbaloi, kegembiraan kami mengatasi kepenatan.

Kami berada di tengah lautan manusia di dalam Stadium, mendengar setiap patah ucapan, pesanan dan taujihad pimpinan PAS yang pastinya semakin menyuntik semangat untuk terus bekerja bagi memenangkan PAS. 

Betapa dapat saya rasakan, para amilin PAS seperti saya begitu bersemangat untuk hadir dengan harapan agar program ini berjaya dan juga sebagai tanda sokongan kepada PAS dan kepimpinannya tanpa berbelah bagi. Tiada manusia yang sanggup berpenat lelah secara percuma, melainkan jika ada impaknya, sama ada dunia mahupun Akhirat.

Mereka datang tanpa dibayar, malahan merekalah yang membayar, sejak dulu sehingga kini, itu lah PAS, yang telah berjaya mendidik ahlinya untuk berkorban demi Islam, tiada lain yang diharapkan kecuali untuk melihat PAS terus berkembang dan terus berkembang sehingga satu tahap yang melayakkan PAS untuk memerintah dengan hukum Allah SWT, apabila masanya, hanya Allah SWT yang tahu.

Namun apa yang dapat dilihat, PAS kini telah menjadi sebuah jamaah yang kuat dan ramai dan memiliki pengikut yang tegar berjuang demi dasar Islamnya, sukar untuk digugat oleh segala bentuk fitnah yang cuba untuk meruntuhkannya, FASTAQIM H60K adalah buktinya.

Seorang yang dianggap pakar oreantalis barat dari Belanda, Dr Snouck Hurgronje yang lahir pada 1857, ketika mana tanah jajahan Belanda iaitu Hindia Belanda ataupun Indonesia sering mendapat tentangan daripada pejuang dari Acheh.

Acheh yang terkenal sebagai Serambi Mekah, yang ramai para ulama dan ketumbuhan serambi ilmunya dipelosok bumi Acheh, mereka bangun menentang penjajahan Belanda, kesukaran tunduk kepada penjajah ini dicetuskan oleh semangat jihad yang dicetuskan oleh para ulama dan ilmunya.

Dr Snouck Hurgronje yang mahir dengan Ilmu Islam telah menulis, "Kekuatan yang ada pada umat Islam di Acheh adalah kerana al-Quran yang berada di dalam dada mereka, itu adalah senjata paling tajam yang dimiliki mereka, jika senjata itu hilang daripada dada mereka, nescaya mereka akan menjadi seorang Belanda". 

Begitulah juga dengan PAS, kebanyakan orang menyokong PAS kerana Islam, dalil perjuangan ini diambil daripada al-Quran dan Hadis, juga dari kalam para ulama, setiap inci perjalanan parti dan juga sebarang keputusan semuanya disandarkan kepada al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias para Ulama.

Nak buang semua ni dari dada orang PAS yang telah terdidik sejak dulu, bukannya semudah menukar warna pakaian, walaupun ada yang keluar, ia digantikan oleh Allah SWT dengan lebih ramai. Ada yang bertanya, "Ustaz, kalau PAS betul, kenapa ada orang keluar PAS?" Saya menjawab dalam bentuk pertanyaan, "Apakah kita boleh menganggap Islam itu tidak betul, apabila ada orang yang keluar dari Islam?" Dia tidak menjawabnya. 

Tidak betul kita menghukum Islam itu tidak betul, jika ada penganutnya berbuat salah, begitulah juga dengan PAS, tidak betul tindakan menghukum PAS jika kita tidak bersetuju dengan individu di dalam PAS.

Selagi Islam menjadi dasar PAS, selagi para ulama bersama PAS, selagi al-Quran dan Hadis mengalir di dalam jiwa ahli dan penyong PAS, selagi ahli PAS terus mendapat tarbiyyah, selagi ahli PAS sentiasa berada di dalam majlis ilmu, selagi ada manusia yang mencintai Islam, selagi itulah mereka yang cinta kepada Islam akan terus mencintai perjuangan PAS.

Insya-Allah, selagi itulah juga bahtera PAS akan terus berlayar di lautan persada dakwah dan politik Malaysia dan sanggup meredah gelombang fitnah dan Istiqamah hingga kemenangan, sama ada di dunia mahupun Akhirat.

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang

8 comments:

  1. Aku ingatkan ahli PAS yang tak berjawatan mana yang tulis... kalau ada jawatan tak payahlah... kalau tak menjilat pasti mengusap... dari Pahang pulak tu... lubuk punca segala fitnah yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. Tak cukup kuat hujah mamat ni yang membolehkan aku undi PAS lagi. Hadi awang punya ayat pun belum cukup power untuk meyakinkan aku. Tuang Presideng boleh jalang!

    ReplyDelete
  3. Soalan yg menarik... kalau pas betul, knp ramai yg keluar... jawapan yg meletakkan pas setaraf agama. Ketika islam telah diredhai Allah swt sbg agama, pas hanyalah parti politik konsep islamik.
    soalan... jika mereka yg cinta islam akan bersama pas, adakah mereka yg tidak bersama pas adalah kafir? Kerana tidak mencintai islam bermakna tidak mencintai Allah dan Rasul...

    ReplyDelete
  4. Yang jahil ilmu dan agama aja akan terus menyokong pas ni.

    Majoriti lebai lebai pas terdiri dari pelajar pelajar yg tercicir dipendidikan
    arus perdana..

    Mereka ni akan mereruskan pendidikan kat pondok atau sekolah agama .

    Sekurang-kurangnya bila tamat sekolah pondok atau agama boleh dpt juga kerja jadi imam kat mesjid atau surau .

    Yang brpeluang ke India atau Timor Tengah bila tamat pengajian boleh kerja kat Jabatan Agama dan part time brkuliah di mesjid.

    Melihat senario lebai dan ustad ni boleh kita rumuskan bahawa minda mereka selalunya tertutup. Ruang lingkup pemikiran agama mereka cukup terbatas dlm persoalan halal haram , dosa pahala.

    Penghujjahan agama brbentuk global cukup dangkal. Ilmu agama mereka byk ketinggalan dlm era dunia yg mencabar brbagai pemikiran.

    Ramai penyokong tetapi jualiti pemikiran jumud dan ketinggallan ilmu agama adalah lawak akhir zaman.

    Orang yg tinggi ilmu tak setaraf dgn lebai ni.

    ReplyDelete
  5. Bukankah pelik sewaktu dato Asri dan lain2 pimpinan PAS yang keluar dan menubuhakan Berjasa dan Hamim, tidak ada pulak fatwa dan hujah yang mengharamkan parti2 tersebut? Tidak ada cerita bahawa Presiden Ulama Sedunia sewaktu tu berfatwa bahawa dalam setiap negara, WAJIB ada satu sahaja parti Islam? Tidak ada pulak ulamak2 PAS waktu tu mencerca pimpinan yang keluar sebagai munafik, kuda tunggangan UMNO ataupun jebon, liberal, sekular mahupun anti ulamak?

    Mengapa ketika pimpinan PAS yang digelar sebagai jebon, barua, munafik haraki dan agen DAP, keluar (setelah dihalau dan ditendang) Hj hadi dan pimpinan PAS mengeluarkan fatwa bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang haram iaitu menubuhkan parti islam yang baru? Mengapa sekarang haram tetapi dahulu tidak? Adakah hukum islam boleh berubah2 menurut kehendak dan nafsu seseorang ulamak? Adakah haram menubuhkan parti islam yang baru hanya apabila ia berupaya menarik majoriti ahli2 PAS untuk keluar (tidak haram jika parti itu tidak dapat menarik ahli PAS)? Adakah PAS berada dilandasan yang betul dibawah pimpinan Hj hadi dan para penjilat2nya jika majoriti ahli2 PAS berkeinginan untuk keluar dan bersatu dengan amanah? Adakah tindakan Hj hadi dan pimpinan baru PAS bersesuaian dengan akhlak dan hukum islam bila ahli2 bawahan mereka berasa jelik dan beramai2 keluar dari jemaah PAS dan berhijrah ke Amanah?

    Banyak persoalan yang ada dalam fikiran ramai orang islam dan melihatkan gerak geri dan kelakuan "sumbang dan pelik" Hj hadi, persoalan2 tersebut berkemungkinan akan menerima nasib yang sama dengan persoalan tentang wang derma Najib dan hutang keliling pinggang 1MDB iaitu tiada jawapan dan rakyat hanya perlu buta mata dan pekak telinga serta tunduk dan diam sahaja. Agak2 jika itulah yang Hj hadi fikirkan sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut "masalah mental" PAS, besar kemungkinan PAS akan terus ditinggalkan oleh lebih ramai lagi ahli2nya yang waras dan berakal. Para walaun2 dan pentaksub2 PAS yang buta serta tuli terhadap keadaan semasa serta logik iman akan terus kekal setia tetapi hanya mereka inilah yang akan ada didalam PAS. PAS nanti akan menjadi sebuah padang yang penuh dengan lalang, hijau merimbun tetapi langsung tidak ada hasil yang boleh di tuai darinya.

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. Islam menyatukan umat, PAS mmcah belahkn umat. Tenguk akhlak serta tutur kata pemimpin2 yg mmperjuangkn Islam, sejuk hati dan menarik minat seseorang kpd mengamalkn Islam...Tapi PAS..?? yg ada dalam PAS pun cabut keluar parti apatah lagi yg bukan Islam apabila tenguk cara dan dengar kata pemimpin mereka...mana akhlak Rasulullah, sahabat2 nabi dan tabiin..?? Tapi terus mengaku PAS itu Islam,Islam itu PAS...yg x join PAS cmne..? Mereka2 yg tidak tinggal di Malaysia cmne..? ada ke PAS di seluruh dunia..? Islam yg dibawa nabi saw. adalah untuk seluruh alam hingga ke hari kiamat...sian ahli2 PAS.

    ReplyDelete
  7. "Ustaz, kalau PAS betul, kenapa ada orang keluar PAS?" Saya menjawab dalam bentuk pertanyaan, "Apakah kita boleh menganggap Islam itu tidak betul, apabila ada orang yang keluar dari Islam?" Dia tidak menjawabnya.

    Dia tidak menjawap sebab dia dunggu dan kurang berfikir. Lainlah Ust Rosli Jabar yang menganggap PAS itu agama macam Islam (PAS Pahang setaraf Ust Mokhtar Snake Al-Maunah sahaja tak lebih dari itu).

    Himpunan tak berbayar? Datang dengan belanja sendiri? Kamu mimpilah ustaz...
    Budak-budak tahfiz yang datang dengan bas dari seluruh semenanjung tu tak berbayar kah?

    Sebuah parti mesti ada pemimpin yang terdiri dari AJK dan pelbagai badan bertindak dan kalau pemimpin yang munafik dan perangai mengalahkan Yahudi Tua, adakah kita perlu taksub kepada beliau dengan mengikut segala telunjuk sesat beliau? PAS bukan seperti Islam yang tiada AJK dan badan bertindak...

    Betullah tu sekarang dah naik Vellfire hasil khianat kepada rakyat (MP dan Adun), nak lihat PAS Pahang, maka lihatlah metaliti Mokhtar Senik yang kerap bermimpi jumpa Nabi. Fikirkanlah.....

    ReplyDelete
  8. Komen2 otak yg jahil agama dan jahil politik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa