Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 16, 2016

Kan nampak bodoh bila tukag rumah nak cuba baiki kereta?

Mohd Amar tidak perlu ajar saya – Nazri Aziz

  | June 15, 2016
Kelantan bukan Malaysia, Kelantan bukan Melaka atau Perak. Kelantan adalah Kelantan.
nazri-aziz_mohd-amar_law_600
SUNGAI BESAR: Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah perlu dibentang, dibahas dan diluluskan di dewan legislatif negeri-negeri terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan di luar Kelantan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan meskipun Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 diluluskan di peringkat Persekutuan, tidak bermakna ia secara automatik diluluskan di peringkat negeri.
“Bila hendak dilaksanakan di peringkat negeri ia mesti diluluskan oleh enakmen Dewan Undangan Negeri.
Hanya Kelantan dan Terengganu yang mempunyai enakmen jenayah syariah yang khusus, hasil pemerintahan PAS di kedua negeri itu.
“Kalau hendak dilaksanakan di negeri lain, maka DUN perlu meluluskan enakmen supaya selaras dengan Akta 355,” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui majlis pelancaran aplikasi Homestay Batu 23, Sungai Nibong petang tadi.

Perkara membabitkan hal-ehwal agama Islam perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu memandangkan kedudukan Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing.
“Kelantan bukan Malaysia, Kelantan bukan Melaka atau Perak. Kelantan adalah Kelantan,” ujar Nazri.
Sebelum ini, Malay Mail Online melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS berhasrat untuk menambahbaik undang-undang syariah di Kelantan dan seluruh negara.
Amar berkata demikian menjawab kenyataan Nazri bahawa usul Hadi yang dibentangkan di Parlimen Mei lalu dilihat perlu bagi Kelantan memandangkan masalah jenayah yang runcing di negeri itu.
“Walaupun telah menjadi peguam dan bekas menteri undang-undang, saya rasa dia tidak faham apa makna akta itu,” kata Amar membidas Nazri.
Ahli Parlimen Padang Rengas bagaimanapun mengingatkan Amar bahawa dirinya lebih arif mengenai undang-undang.
“Jadi, tidak payah ajar saya. Saya menteri undang-undang selama sembilan tahun,” tegas beliau, dan menambah tidak ada templat tetap yang menentukan sesebuah negara itu Islamik atau bukan.
“Saya hendak tanya di dunia ini ada atau tidak templat seperti jika kita buat itu ini kita akan jadi negara Islam. Kalau begitu, sebelum ini Kelantan bukan negara Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa