Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 7, 2016

Kemaruk pemimpin recycle: Politik PKR, Amanah makin tepu?

Politik PKR, Amanah makin tepu kemaruk pemimpin kitar semula
Posted on Wednesday, July 06 @ 08:02:26 MYT by Abdullah
Pendapat
Oleh Abdul Rahman Malik

Adakah tempoh ‘asmara pandang pertama’ di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pakatan Harapan (PH) akan terencat apabila diselar oleh Solidariti anak muda (SAMM) yang amat sensitif soal nilai perjuangan?

SAMM dengan lantang menjerkah ‘masalah komunikasi’ di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang 'tergila-gilakan' Muhyiddin yang baru ditalak Umno sebagai Timbalan Presidennya.

Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memang amat sensitif soal nilai dan amalan budaya politik, SAMM menolak pandangan Amanah yang dilaporkan menyokong idea Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru.

Mahathir, Muhyiddin akan sertai Umno semula lepas misi jatuhkan Najib berhasil

Penyelaras Muda SAMM, Faisal Zainal berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa berkhidmat dalam kerajaan, telah bertindak melakar dan menyokong dasar-dasar yang menindas rakyat.

"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat. 

"Soalnya, adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," katanya dalam satu kenyataan.

Faisal menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Muhyiddin diangkat sebagai ketua pembangkang baru. Malah beliau tidak perlu dibawa masuk dalam 'rumah' perjuangan PH. 
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 

"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 

"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 

Media dituduh salahlapor 

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman berkata, parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang baharu PH.

Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno itu ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.  

Bagaimanapun Mazlan kemudian tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat.

Penegasan itu diulangi oleh Pengarah Komunikasi Amanah,  Abdul Khalid Samad yang berkata, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor sedia memberi platform untuk Muhyiddin bersuara.

"Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang," katanya.

Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.

Benar atau tidak Mazlan disalahlapor oleh akhbar, yang penting Muhyiddin tiba-tiba dilihat sebagai ‘tenaga’  yang berpotensi menjana semangat baru mengukuhkan pembangkang. 

Bukan hanya Amanah, PKR juga alu-alukan Muhyiddin

PKR, misalnya, mengalu-alukan penyertaan Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekiranya mereka mahu meneruskan perjuangan politik mereka bersama pakatan pembangkang. 

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gabungan itu menunggu masa yang sesuai bagi ‘melamar’mereka. 

"Kita setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Saifuddin. Di dalam PKR sendiri, kita mengalu-alukan kemasukan dan bantuan sokongan daripada semua pihak yang boleh bersama dengan perjuangan parti.

"Satu 'boost' atau sokongan baik yang boleh beri lonjakan kepada perjuangan PH," katanya.
  
Malah Syed Ibrahim juga tidak menolak ada pihak di dalam PH sudah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan Mukhriz bagi menyertai gabungan pembangkang itu.

"Secara tidak formal, ramai pihak sudah terlibat dan buat perbincangan. Sama ada menawarkan mereka ke dalam parti, belum lagi secara formal," katanya lagi.
   
Terkecuali DAP yang kini sibuk dengan ujian kewibawaan Setiausaha Agungnya menghadapi kes rasuahnya, PKR dan Amanah sebenarnya mendedahkan betapa mereka kurang yakin dengan daya dan mutu kepimpinan mereka sendiri. 
Bak kata SAMM, tidakkah mereka menyemak rekod Muhyiddin terlebih dahulu sebelum berebut-rebut cuba menangguk di air keroh dan sibuk mahu ‘melamar’ bekas timbalan perdana menteri itu. 

Pakatan Harapan tandus pemimpin pelapis?

Tidakkah mereka meneliti apakah kesannya ‘campurtangan’ bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen pilihan raya kecil Sungai Besar yang baru lalu yang tidak membantu peningkatan undi calon PH?

Sudah tandus atau tepu sangatkah strategi politik PKR dan Amanah hingga melihat personaliti yang bermasalah adab dalam Umno mahu dijunjung sebagai penjana semangat baru?

Lazimnya, pembangkang amat kritis terhadap wibawa dan personaliti Umno-BN. Bagaimanapun kini apabila ada bekas pemimpin Umno yang dipecat parti, mereka berebut-rebut untuk menjadikannya sumber kekuatan baru.

Jika ditakdirkan Muhyiddin mampu menyumbang satu kerusi untuk pembangkang, tidakkah itu menyerlahkan bahawa PH hanya memanfaatkan ahli politik asuhan Umno? Tidakkah itu merestui kaedah perkaderan politik Umno? 

Itu belum diambil kira soal Mukhriz yang turut sama dipecat oleh Umno. Menurut rekod, pencapaian politiknya tidaklah gah mana. Malah beliau gagal merebut jawatan Ketua Pemuda Umno walaupun bermodal beliau putera Mahathir. 

Jika PKR dan Amanah begitu terliur dengan reputasi Muhyiddin dan Mukhriz, bagaimana dengan program perkaderan politiknya sendiri. Tidakkah ‘kemaruk’ memiliki ahli politik kitar semula begini akan merendahkan martabat sendiri?

Rindu sangatkan PKR pada Anwar Ibrahim sehinggakan tergila-gila untuk merekrut Muhyiddin yang kebetulan pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Tidakkah aura Muhyiddin dan Anwar adalah bak bumi dengan langit

2 comments:

  1. Kalau TSMY masuk mana2 Parti dlm PH maka perlulah dia mengubah hala tuju politik mengikut Hala parti batu nya........samm ni terlalu retorik......sedangkan anwar Ibrahim pun dr Ameno juga, pd samm saya nak kata....Sydina Omar pun menentang islam juga pd awalnya......samm tak mampu nak lawan kehendak Allah, elok sedar diri!

    ReplyDelete
  2. Mengarut dan merugikan.Apakah kriteria dan kayu pengukur yang digunapakai oleh PH,maka Mahyuddin Yasin ingin diangkat sebagai ketua pembangkang.Karismapun tiada.Didalam PH sendiri ramai yang berkemampuan dan lebih hebat dan berwibawa daripada Mahyudin Yassin.PH berharap dengan kemasukan Mahyudin Yassin ke dalam PH,akan menambahbaik PH,akan mendapat sokongan dan undi dari ahli UMNO...Jauh panggang dari api.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa