Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 10, 2016

SR perdaya rakyat: Tuan Ibrahim tambah perisa ke manu Salleh?

Jangan biar Sarawak Report memperdayakan rakyat, kata Pas
10 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Jangan biarkan Sarawak Report perdayakan rakyat, kata Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas mendesak agar laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang tulen mesti didedahkan segera, memandangkan sekatan akses terhadap Sarawak Report ternyata gagal membendung portal ini daripada memperdayakan rakyat Malaysia.  

Dengan menggunakan laporan audit yang tulen, kerajaan melalui media-medianya boleh menunjukkan di mana silapnya laporan Sarawak Report dan bagaimana rakyat sedang diperdayakan, seperti yang dituduh oleh seorang menteri, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"Diharap kerajaan BN terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat mengambil langkah proaktif ini.

"Bukankah kemenangan besar di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberikan keyakinan penuh kepada PM dan BN bahawa  tiada apa yang perlu dirisaukan lagi dengan skandal 1MDB?" kata timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, ia hanyalah satu laporan audit, seperti kata Dr Salleh, ia cuma satu komponen kecil untuk PAC menyediakan laporannya terhadap 1MDB.

"Bukan itu sahaja, malah semua pengkritik 1MDB dalaman seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal bukan lagi ahli Umno... Jadi apa yang perlu dirisaukan?

"Lawan fakta dengan fakta," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Sarawak Report mula menyiarkan apa yang dinamakan sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diklasifikasikan sebagai sulit dan dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak telah melahirkan kebimbangan bahawa laman Sarawak Report sedang memperdayakan orang ramai dengan pendedahannya mengenai Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

Dr Salleh bertegas bahawa Laporan Ketua Audit Negara merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiapkan laporan akhir badan itu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Oleh itu, beliau berkata laporan yang lengkap ialah laporan daripada PAC, dan apa yang didedahkan Sarawak Report telah menyimpang jauh daripada kebenaran.

Menurut Tuan Ibrahim, bagi menyelesaikan kebimbangan Dr Salleh dan juga kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak dan untuk menghalang Sarawak Report terus daripada memperdayakan rakyat, PAS mendesak agar laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang tulen mesti didedahkan segera.

Ini memandangkan sekatan akses terhadap Sarawak Report ternyata gagal membendung portal ini daripada memperdayakan rakyat Malaysia, katanya.

Dengan menggunakan laporan audit yang tulen, kerajaan melalui media-medianya boleh menunjukkan di mana silapnya laporan Sarawak Report dan bagaimana rakyat sedang diperdayakan, seperti yang dituduh oleh Dr Salleh, katanya.

# dah gitu, adakah PAS menerima laporan PAC?

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa