Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 2, 2017

Doktor HSNZ ditemukan mati di bilik sewa

Doktor HSNZ ditemukan mati di bilik sewa dipercayai sejak beberapa hari lalu
November 01, 2017 22:49 MYT
Doktor HSNZ ditemukan mati di bilik sewa dipercayai sejak beberapa hari lalu
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar berkata arwah yang mula berkhidmat di HSNZ sejak Disember 2013 dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas.- Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu ditemukan mati di bilik sewanya di Kampung Nyiur Sepohon, Kuala Terengganu malam semalam.

Mayat Dr Mohd Muaz Mohd Sabri, 29, dijumpai pada pukul 10.40 malam dalam keadaan terbaring di atas katil setelah pintu bilik sewanya berjaya dibuka oleh anak pemilik bilik sewa berkenaan yang hairan arwah tidak keluar rumah sejak beberapa hari.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar berkata arwah yang mula berkhidmat di HSNZ sejak Disember 2013 dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas.

Katanya arwah dan tunangnya yang juga doktor di hospital sama sebelum ini terkena keracunan makanan selepas makanan yang dibeli di pasar malam Kuala Ibai, di sini tercemar.

Dr Mohammad Omar berkata tunang Allahyarham ditahan di wad beberapa hari untuk rawatan lanjut, bagaimanapun arwah enggan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaliknya ingin berehat dan tidak kelihatan keluar dari bilik sewanya sejak dari hari itu.

Beliau berkata bedah siasat sudah dijalankan dan dimaklumkan tiada sebarang unsur jenayah, bagaimanapun punca kematian akan mengambil sedikit masa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima laporan daripada pihak hospital.

"Kematian mengejut ini kita akan rujuk kepada hasil bedah siasat, jika tiada elemen-elemen jenayah seperti yang telah dimaklumkan...kita andaikan ianya sebagai kematian biasa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa