Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 7, 2017

Kalau tak tahan cabaran, kenapa tak serahkan saja jawatan PM kepada Timbalan?

Monday, 6 November 2017
KALAU DAH TAK TAHAN CABARAN, SERAH SAJA JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADA TIMBALAN....

Semakin dekat tarikh piliharaya, Najib Razak dilihat semakin tak keruan dan gagal menahan dirinya daripada berkelakuan yang sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.

Tingkah terbarunya dengan mengungkapkan perkataan "kepala bapak kau" dan "bodoh" adalah kemuncak manifestasi kegagalan dan tidak tahan terhadap  cabaran yang dihadapi.

Dua ungkapan tersebut menyusul perkaraan "haramjadah", "bangang" dan "bangsat" yang pernah diucapkannya sebelum ini.

Semua Perdana Menteri sebelum ada cabaran masing-masing, tetapi tidak pernah kita dengar ada sampai mencarut, memaki dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar dan tidak sepatutnya seperti Najib ini.

Selepas ini, tentunya kerana semakin diserang dan diasak oleh Tun Mahathir serta Pakatan Harapan dan kepala Najib akan bertambah bengang kerananya, barangkali lebih banyak lagi perkataan berunsur makian dan carutan yang akan terkeluar daripada mulutnya.

Maka, jika itu berlaku, bukan saja menambah-burukkan lagi imejnya di mata umum serta memungkinkan beliau lebih mudah ditewaskan oleh Tun Mahathir, malah yang lebih sengsara ialah menyukarkan  laskar-laskar maya pro UMNO untuk mempertahankannya.

Bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh dan mampu dipertahankan di media sosial dan kepada makcik-makcik Felda jika perkataan "kepala bapak kau", "bodoh", "haramjadah", "bangang", "bangsat" dan lain-lain sudah menjadi mainan di bibirnya setiap hari?

Tidak mustahil, kiranya dibekalkan dedak tambahan dan ditemani gajet secanggih Iphone X pun mereka tetap menghadapi kesukaran memerah otak mengeluarkan idea-idea bernas, melainkan menjadi "anak murid yang kencing berlari" juga iaitu turut menjadikan bahasa lucah, mencarut dan memaki  sebagai mainan seharian serta sandaran mempertahankan kuasa.

Hakikatnya, tingkah laku seorang Perdana Menteri yang buruk perangainya akan melahirkan pengikut dan laskar maya yang sama atau lebih buruk perangainya.

Kenapa pengikut dan pejuang maya pro Tun Mahathir dan Pakatan Harapan begitu bersopan dan konsisten dengan fakta serta budi bahasa yang tinggi dalam perjuangan mereka?

Jawapannya tidak lain adalah kerana pemimpin-pemimpin di atas sana telah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk dicontoh oleh semua peringkat bawahannya.

Najib, dalam keadaan berterusan tak keruan dan gagal menahan diri itu sebenarnya sudah tidak layak lagi untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau lebih baik mengundurkan diri dan menyerahkan saja jawatan kepada timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang walaupun banyak kekurangan dan ketidaklayakan di sana sini, tetapi tentunya sudah lama berangan-angan serta mengidam untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, sekiranya Zahid Hamidi tidak begitu boleh dipercayai, manalah tahu bila dapat kuasa nanti beliau boleh mengarahkan siasatan atas skandal 1MDB misalnya, demi untuk mendapatkan populariti dan sokongan rakyat secara mendadak, Najib boleh juga menyerahkan jawatannya kepada Hishammuddin Hussein, sepupunya sendiri.

Sebagai sepupu dan ada hubungan darah daging, Hishammuddin tentu saja akan cuba sedaya upaya melindungi dan mempertahankan Najib selagi kuasa ada dalam genggamannya.

Lagi pula, tiada yang peliknya menyerahkan kuasa kepada sepupu sendiri kerana ketika Tun Razak jadi Perdana Menteri dulu pun, timbalan dan penggantinya adalah birasnya sendiri iaitu Tun Hussein Onn.

Dulu biras, kini sepupu....okaylah tuu....(ShahbudinHusin 06/11/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 10:37 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa