Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 4, 2017

khidmat pengawal peribadi ditarik: Khairy pertikai gambar Dr M peluk 2 individu

Gambar Dr M peluk 2 individu tiada kaitan khidmat pengawal peribadi ditarik

  | November 4, 2017
Khairy Jamaluddin berkata, gambar Dr Mahathir memeluk 2 individu diambil tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad memeluk 2 individu dipercayai bekas pengawal peribadinya dari Unit Tindakan Khas (UTK) diambil tahun lalu dan tiada kaitan dengan tindakan kerajaan menarik balik khidmat itu Rabu lalu, kata Khairy Jamaluddin.
“Kita kena kecam ‘fake news’ seperti ini, berita palsu seperti ini mesti kita tunjuk sebagai contoh.
“Gambar Tun Mahathir peluk 2, 3 orang kononnya mereka pengawal peribadi mesti kita kecam,” kata ketua Pemuda Umno itu pada Konvensyen Media Sosial Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Menteri belia dan sukan itu berkata, tentera siber Umno perlu memeriksa kesahihan gambar tersebut dalam usaha menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan.
“Dari mana sumber berita ini? Dengan berita pengawal peribadi ditarik perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia, mereka kata kerajaan zalim, (kerana) beliau (ialah) bekas perdana menteri.
“Sedangkan gambar itu dari tahun lepas yang tiada kena-mengena dengan UTK. Tapi tiada siapa tanya ini sumber mana, gambar juga tidak ada tarikh,” kata ahli Parlimen Rembau itu di depan 3,000 tentera siber Umno.
Gambar Dr Mahathir memeluk 2 individu, tular di media sosial selepas kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi UTK bekas perdana menteri itu, Rabu lalu.
Kerajaan turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabat Dr Mahathir.
Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir ditamatkan dengan alasan beliau menyertai perhimpunan melanggar undang-undang.
Dr Mahathir yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar Umno tahun lalu dan kini ialah pengerusi Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, tentera siber Umno boleh menggunakan media arus perdana untuk menyampaikan maklumat sebenar bagi mematahkan hujah lawan.
“Dalam perkembangan terkini, media sosial memang popular. Kalau boleh nak sampaikan maklumat guna sumber sahih, guna Facebook, Instagram dan sebagainya, tetapi rujuk artikel ini dari media yang sah. Kita kembalikan kesahihan media arus perdana.
“Ini cara kita kembalikan kewibawaan dan kredibiliti media arus perdana. Ini sudah berlaku di seluruh dunia, pengguna media sosial tidak lagi percaya bulat-bulat (maklumat di media sosial) tapi rujuk kepada sumber (sahih).”
Kaitan: 
Polis tarik balik khidmat pengawal peribadi Dr M
Bekas pegawai kanan tentera ikrar lindungi Dr Mahathir

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa