Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 7, 2014

Cukuplah Azmin Buat Bengong, Rakyat Semakin Muak!

Baik Azmin, baik Khalid memang tidak ada kena mengena dengan aku
Aku bukan rakyat Selangor dan bukan penyokong mana-mana pihak

Bagi aku kenyataan dari Azmin ini menunjukkan Khalid memang terlibat di dalam tindakan PKNS menamatkan kontrak 20 orang kakitangan itu

Adakah tuduhan Azmin ini hanya tuduhan dendam atau memang ikhlas dan ada bukti?
Aku rasalah dalam keadaan sekarang lebih baik Azmin diam kecualilah memang Azmin nak sabo PKR di PRK Kajang
Dah nampak sebijik macam Ummi Hafilda dah.....

Azmin gesa Khalid henti hukum pesaing politik

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri menghukum pesaing politiknya.
Merujuk kepada pemecatan lebih 20 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azmin menegaskan tindakan tersebut "amat tidak bertanggungjawab" dan keputusannya mesti disemak semula.

"Saya menyeru pihak yang mempunyai kuasa dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi apa-apa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan menindas

"Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya dilihat," katanya dalam satu kenyataan.

Azmin, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Selangor, ditamatkan kontrak sebagai ahli lembaga pengarah PKNS bulan lalu dan ia dilihat sebagai pergeseran terbuka antara Khalid dan beliau - sumber

2 comments:

  1. Azmin sudah mula mengeluarkan sikap sebenar nya....

    Masa dapat menentukan siapa manusia , siapa hantu , dan siapa KANGKONG.

    Bila ahli politik main macam bebudak belum sunat , maka masa sudah tiba untuk tukar kepada orang lain yang matang dan ber tanggung jawab.

    Sendiri bahalol cukup lah , jangan nak bahalol kan orang lain pula.... Common Sense kan ?

    ReplyDelete
  2. Nampaknya PKR Selangor ni dah ambil peranan umno. Tindaktanduk Azmin legih teruk dari Noh Omar atau Khir Toyo. Kepad Azmin dan penyokong2nya, lebih baik isytihar lompat balik ke dalam kubang/longkang asal kamu supaya rakyat Selangor boleh hidup dalam aman di bawah pimpinan Khalid. Dan kepada Khalid, disyorkan supaya join Pas jauh lebih baik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa