Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 5, 2014

Jaipk Akan Siasat Tok Moh

Kertas siasatan Raja Bomoh dibuka
5 April 2014
KERAJAAN negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah membuka kertas siasatan berhubung insiden upacara ritual  yang dijalankan seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh di hadapan Menara Condong, Teluk Intan, Mac lalu.

Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Nizar Zakaria berkata, siasatan itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 9 (Ajaran dan Amalan Salah) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 oleh bahagian penguatkuasaan Jaipk.

Menurutnya, langkah itu tanda kepekaan kerajaan terhadap amalan perbomohan bercanggah dengan syariat Islam yang membawa kepada syirik.

“Perbuatan individu terbabit di hadapan Menara Condong itu menggemparkan umat Islam di seluruh negara khususnya di negeri ini, oleh itu kertas siasatan berhubung perkara ini telah dibuka,” katanya pada sesi penggulungan, semalam.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas-Changkat Jering) membangkitkan insiden berkenaan dalam sidang dewan yang menganggap ia satu penghinaan terhadap Islam.

Pada 16 Mac lalu, kehadiran individu yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh di Menara Condong menarik perhatian pengunjung apabila melakukan acara ritual yang dikaitkan dengan pencarian pesawat MH370.

Insiden itu menarik perhatian banyak pihak hingga ada yang tampil mengecam Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Bagaimanapun Yang Dipertua MPTI, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, kehadiran individu di luar pengetahuan pihaknya dan langkah pemantauan serta berjaga-jaga dilakukan bagi mengelak kejadian sama berulang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa