Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 3, 2014

Korang Fikir Apa Akan Jadi Budak Ni Esok?

Anak Kena Gunting Rambut oleh Guru Disiuplin Pun Masuk Surat Khabar
Shah Alam: “Emosi anak saya terganggu,” kata Malik Abas, 50, apabila rambut anak lelakinya yang belajar di sebuah sekolah di Kampung Melayu Subang di sini, digunting pengawas selepas didakwa tidak kemas dan melanggar peraturan sekolah.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku Isnin lalu apabila dihubungi isteri yang memaklumkan anak lelaki mereka berusia 17 tahun pulang ke rumah dengan wajah sedih dan rambut ‘bertokak’ kerana dihukum guru disiplin. 

“Saya bukan tidak faham tugas guru disiplin, tetapi persoalan sekarang ialah mengapa anak saya tidak diberikan amaran terlebih dulu atau menghubungi ibu bapa pelajar sebelum mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu emosinya? 

“Anak ketiga saya itu seorang yang lemah lembut dan bukan jenis nakal, malah dia juga memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber di sekolah, jadi mengapa perlu tindakan yang menjatuhkan air muka seperti itu diambil sewenang-wenangnya oleh guru terbabit?,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, semalam. - sumber

6 comments:

  1. Ta gentle. Pondan.

    ReplyDelete
  2. Ta gentle. Pondan.

    ReplyDelete
  3. saya pon dulu pengawas pusat sumber gak,pesen rambut tetap N0 3..stail askar..paling risau kalau gikgu report sama org tua..sebab..?..kena balun balik semula lahh..
    wartawan pun sibuk cari berita ..nak lakukan paper..bukan nak damaikan kedua belah pihak..

    ReplyDelete
  4. Berkehendakkan amaran terlebih dahulu, apa punya bangang alasan ni? Umur 17 tahun tidak tahu peraturan sekolah, memang sah sangat tahap bebal budak tu. Dah tu pula, menampakkan lagi kebodohan ibu bapa itu.

    ReplyDelete
  5. Mak bapak budak ni buta ke tak perasan rambut anaknya macam fesen punk semasa di rumah?? Atau mak bapak ni bangga anaknya punya fesyen rambut yang tak dibolehkan di sekolah? Kalau mak bapak ini cerdik tentu dia sendiri yang guntingkan balik rambut anaknya sebelum pihak sekolah melakukannya; atau kalau tak setuju dengan peraturan sekolah hantarlah anak awak ke sekolah persendirian yang tak ada peraturan disiplin.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa