Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 3, 2014

MH370: Ramai Yang Perpandangan Serupa.....

Analisis terkini pesawat MH370 mendarat di tempat selamat
Secara logiknya pesawat MH370 sudah mendarat di lokasi yang masih belum diketahui. Tidak 
ada sebarang klu yang menunjukkan pesawat MH370 telah terbakar atau terhempas atau dirampas.

Pencarian oleh negara-negara yang menguasai teknologi tinggi termasuk satelite pengawasan bumi tidak menemui sebarang kesan letupan atau hentakan kuat pada mana-mana lokasi di kawasan Asia.

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan cukup teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan oleh radar.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu cukup berpengalaman dalam mengendalikan pesawat itu.

“Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan. - sumber

3 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Seperti yang telah Yong tulis dalam blog, Yong sependapat dengan Dr Shaharuddin...

    ReplyDelete
  2. salam, saya sependapat dengan Datuk Dr. Shaharuddin...tunggu n lihat.

    ReplyDelete
  3. salam, saya sependapat dgn Datuk Seri. tunggu n lihat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa