Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 2, 2014

MH370: Apa Nak Buat, Begitulah Nasib Pembayar Cukai Malaysia!

Negara beli aset pertahanan hanya untuk perhiasan?
Posted on April 2, 2014 by admin
KUALA LUMPUR, 2 APR: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mempertikai tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membeli aset pertahanan yang akhirnya tidak diguna apabila keadaan memerlukan.
Antara contoh yang beliau bangkitkan ialah tindakan kerajaan tidak menggunakan kapal selam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 walaupun membelanjakan berbilion ringgit.
Perbelanjaan pertahanan kerajaan meningkat setiap tahun, RM13.82 bilion pada 2011, RM13.71 bilion (2012), RM15.2 bilion (2013) dan RM16.1 bilion dalam belanjawan tahun ini.
“Mengapa kerajaan tidak menghantar kapal selam yang dibina Target Resources Sdn Bhd? Apa guna membayar RM6 juta sebulan kepada mereka tapi tidak menghantar kapal itu untuk operasi SAR?
“Ini membuktikan pasukan penyelamat kita tidak mempunyai kemampuan atau tidak terlatih. Jika benar, untuk apa membelanjakan berjuta ringgit?”
Apabila sesetengah pihak kemudiannya memberi respon bahawa kapal selam negara adalah berfungsi untuk ‘search and destroy’ (mencari dan memusnah), “Kita katakan kita hanya mahu fungsi mencari sahaja” ujar bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu.
“Ini masanya untuk menggunakan kapal selam kerana pesawat itu dikatakan berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam proses mencari kerana pesawat itu milik Malaysia.
Namun, sebaliknya berlaku, negara luar dilihat lebih serius menghantar bantuan keselamatan dan pasukan mencari berbanding Malaysia sendiri.
Menurut laporan BBC, kapal selam Britain HMS Tireless turut serta dalam usaha mencari pesawat MH370. Kementerian pertahanan negara itu memberitahu kapal selam kelas Trafalgar itu tiba di Selatan Lautan Hindi untuk membantu mencari kotak hitam pesawat terbabit.
Terhempas atau tidak?
Mohd Ariff Sabri turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencetuskan percanggahan.
“Kapten Kirk (Najib) kita tanpa ragu membuat kesimpulan ia berakhir di Lautan Hindi. Apa maksud ‘berakhir’ itu? Terhempas?
“Kemudian Hishammuddin pula menyatakan bahawa Najib tidak pernah mengatakan pesawat itu terhempas.
“Jadi kenapa Najib dalam sidang media 24 Mac lalu dilihat dalam ‘mood’ muram? Mengapa tidak perjelas dengan terperinci maksud ‘berakhir’ itu? Adakah ia terhempas dan tidak ada seorang pun terselamat,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa